fbpx
Now Reading
10 Nama Tempat Yang Unik Dan Pelik Di Malaysia

10 Nama Tempat Yang Unik Dan Pelik Di Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Percayakah anda kalau kami katakan, Malaysia mempunyai banyak tempat atau jalan yang mempunyai nama sedikit pelik dan unik. Bukan satu atau dua tapi sebenarnya lebih!

Kebanyakan tempat ini bagaimanapun bukan terletak di bandar, sebaliknya banyak berada kawa di kawasan desa atau pekan-pekan lama.

Apa yang menariknya, nama-nama tersebut telah wujud berdekad lamanya cuma kehadirannya kurang diketahui orang ramai.

Jadi apa kata scroll ke bawah, dan lihat perkongsian kami mengenai 10 nama tempat yang unik dan menarik di Malaysia ini yang mungkin belum pernah anda dengari.

#1 Kampung Imam Lapar , Kuala Terengganu

Bunyinya seperti Imam yang sedang kelaparan kan? Nama kampung yang terletak di Kuala Terengganu ini mengikut penduduk tempatan sebenarnya diambil sempena dari kisah mengenai dua pedagang yang kelaparan ,dan singgah di Pengkalan Rengas Sembilan untuk mencari makanan.

#2 Kg. Desa Temu Jodoh, Segamat, Johor

Kampung ini dikatakan mendapat nama sempena majlis perkahwinan secara serentak dan besa-besaran yang diadakan membabitkan 24 pasangan suami isteri yang kebanyakannya adalah peserta Tanah Rancangan Muda kelolaan kerajaan negeri Johor pada tahun 1972

#3 Kampung Baru Jumpa, Tenom Sabah

Kampung ini terletak kira-kira 25km dari pekan Tenom, Sabah yang majoriti penduduk nya adalah dari kaum bumiputera Lundayen.

#4 Menggatal, Kota Kinabalu , Sabah

Sebuah bandar keci yang terletak di Kota Kinabalu Sabah. Nama pekan ini datangnya dari nama sejenis pokok mangga yang mengeluarkan buah yang bila dimakan akan menyebabkan rasa gatal . Dari situ wujudnya nama Pekan Mangga Gatal sebelum kelamanyaaya diringkaskan menjadi Menggatal.

#5 Batang Berjuntai, Kuala Selangor

Pekan Bistari Jaya suatu masa dahulunya digelar Batang Berjuntai. Ia akhirnya ditukar pada tahun 2007 oleh kerajaan negeri Selangor selepas mereka mendapati nama tersebut tidak sesuai digunakan pada masakini.

Kami rasa tak perlulah untuk kami terangkan kenapa penjenaman semula dilkakukan bukan?

Difahamkan nama asal Batang Berjuntai berasal dari sebatang pokok merbau besar yang memiliki dahan yang sedikit terjuntai.

#6 Jalan Microwave, Sabah

Jalan Microwave yang terletak di KM 177/KM216 di Lebuhraya Kota Kinabalu-Sandakan sebenarnya ada lah laluan papan tanda untuk ke stesen telekomunikasi milik Telekom Malaysia yang digunakan untuk menghantar dan menerima isyarat gelombang mikro radio

#7 Mambang Di Awan, Kampar, Perak

Nama asal tempat ini adalah Batang Tonggak . Namun mengikut seorang pegawai Inggeris, George Maxwell menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Di Awan kerana terdapat seorang mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang Melaka ke tempat ini menyebabkan mereka mula memanggil Batang Tonggak dengan Mambang Di Awan dan terus kekal sehingga ke hari ini

#8 Kg. Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baharu, Kedah

Sekali dengar macam ngeri kan ? Tapi sebenarnya nama kampung ini diambil daripada nama pokok kedondong hutan yang lebih dikenali sebagai pokok kerat telunjuk yang banyak tumbuh di kawasan permatang dan batas sawah di sini.

#9 Felda New Zealand, Maran , Pahang

Dah kenapa pulak ada New Zealand kat Malaysia ni ? Sebenarnya nama Kg Felda Zealand ini diambil sempena tanda terima kasih kepada kerajaan New Zealand atas sumbangan mereka kepada kampung ini. Malahan jurukur yang terlibat dengan pelan pembangunan ini berasal dari sana.

#10 Pekan Lachau, Sri Aman

Jaga-jaga dalam menyebut nama pekan ini, takut tersebut yang tak sepatutnya. Pekan Lachau ini terletak di Sri Aman , Sarawak yang mana majoriti penduduknya adalah kaum bumiputera Iban. Difahamkan nama Lachau diambil sempena nama sejenis cicak hutan yang kerap ditemui di sini.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.