fbpx

Anda Boleh Ambil Gambar atau Video Aktiviti Basikal Lajak Untuk Makluman Pihak Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rakyat di Terengganu yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan basikal lajak di negeri tersebut diminta menyalurkannya kepada pihak berkuasa.

Menurut Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Terengganu, ACP Noor Halim Nordin, walaupun setakat ini Terengganu belum mempunyai kes melibatkan kegiatan basikal lajak tetapi pihak polis tetap memandang serius gejala itu yang menjadi trend dalam kalangan remaja masa kini.

BACA : https://www.buzzkini.com/trending/2019/10/31/budak-basikal-lajak-ditahan-polis-dan-diberi-amaran-keras/

“Ini kerana perbuatan itu bukan saja memberi risiko kepada penunggangnya, malah kepada pengguna jalan raya lain,” katanya kepada media.

Noor Halim berkata orang ramai yang melihat aktiviti basikal lajak di jalan raya boleh mengambil video atau gambar menggunakan telefon pintar dan menyalurkan maklumat itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, sekiranya pihak polis mengesan aktiviti tersebut, remaja yang terlibat boleh ditahan dan dibawa ke balai polis manakala ibu bapa mereka akan turut dipanggil.

Sumber : Awani.com

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.