Now Reading
“Jumpa depan Kaabah tak semestinya jadi isteri…” – Ridhuan Tee Beri Nasihat Pada Da’i Farhan?

“Jumpa depan Kaabah tak semestinya jadi isteri…” – Ridhuan Tee Beri Nasihat Pada Da’i Farhan?

Nama Da’i Nik Farhan menjadi bualan hangat netizen di sosial media selepas dia mengumumkan sudah berkahwin dengan seorang janda anak lapan. Malah kenyataannya yang mengatakan tiada kekuatan untuk menolak calon ke 19 itu kerana ketika itu berada di Mekah menjadi troll kepada netizen dan syarikat besar untuk mempromosikan produk mereka.

BACA : Dai farhan dedah tolak 18 wanita ingin jadi isteri kedua

Perkara itu turut mendapat perhatian penceramah bebas Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang tampil memberikan teguran kepada golongan pendakwah susulan isu tersebut yang disifatkan boleh merosakkan imej Islam.

Malah, Ridhuan Tee turut menasihati pendakwah yang lahir daripada program realiti supaya menjaga perangai dan sepatutnya memberikan contoh yang baik kerana setiap perkara buruk yang dilakukan pasti akan dipandang orang ramai.

Kata Ridhuan Tee lagi, tiada masalah untuk berkahwin lebih daripada satu tetapi kahwinlah baik-baik dan jangan lakukan perkara pelik seperti orang jahil.

Seolah memerli Da’i Farhan yang berjumpa isteri barunya di depan Kaabah dan mengatakan ianya sudah ketentuan Allah, Ridhuan Tee berkata adalah lebih baik jika berterus terang daripada memberikan pelbagai alasan.

Dalam pada itu, Ridhuan Tee berpesan kepada pendakwah yang lahir daripada program realiti TV bukan untuk menonjolkan diri atau meraih populariti semata-mata tetapi ianya adalah amanah.

Terdahulu, Dai Farhan mengakui sudah pun menceraikan isteri pertamanya yang sedang sarat hamil menerusi rakaman suara aplikasi WhatsApp.

BACA :“Da’i Farhan Sudah Menceraikan Isteri Pertamanya” – Dakwa Seorang Peguam.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.