fbpx
Now Reading
Bukan Lagi Da’i Farhan Tapi Farhan Mutawwif

Bukan Lagi Da’i Farhan Tapi Farhan Mutawwif

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Juara musim kedua program Da’i, Nik Farhan menjadi bualan warga net baru-baru ini kerana kontroversi perkahwinanya dengan seorang janda anak lapan. Malah, ramai netizen mengecam tindakannya yang menceraikan isteri pertamanya yang sarat hamil.

BACA : Da’i Farhan Dedah Tolak 18 Wanita Ingin Jadi Isteri Kedua.

Tidak terhenti disitu, segala kenyataan Da’i Farhan menimbulkan rasa marah netizen sehingga satu petisyen dilancarkan bagi menarik balik gelaran PU, Da’i untuk mereka yang ‘menunggang agama’.

Selepas pelbagai cemuhan diterima, Da’i Farhan akhirnya bertindak menukar nama di Instagram miliknya. Sebelum ini menggunakan nama Da’i Farhan kini telah bertukar nama kepada Farhan Mutawwif.

Pada profil akaun tersebut, turut diletakkan nama Nik Farhan, penceramah Haji dan Umrah serta suami kepada @drholisw.

Dalam pada itu berdasarkan hasil pemerhatian, Farhan sudah membuang semua foto-foto lama bersama bekas isterinya, Fatin Nurul Ain.

Terdahulu, kontroversi rumah tangga pendakwah itu hangat diperkatakan apabila muncul surat terbuka daripada seorang individu yang merupakan rakan baik isterinya mendakwa Da’i Farhan bernikah secara senyap-senyap tanpa pengetahuan isterinya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.