fbpx
Now Reading
“Harap tahun depan dapat timang cahaya mata” – Izzue Islam

“Harap tahun depan dapat timang cahaya mata” – Izzue Islam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

“Jujur semuanya hampir lengkap tapi ada satu impian yang belum dicapai iaitu anak. Saya pernah katakan dulu menjelang 2020 saya nak sambut tahun baru bertiga, tapi impian itu belum dapat tercapai.

Pelakon dan penyanyi popular, Izzue Islam, dia menganggap tahun ini cukup gemilang buat dirinya.

Izzue berkata, banyak perkara sudah dicapai dan dia bersyukur dengan setiap rezeki yang diberikan Ilahi.

“Tahun yang hampir lengkap dalam hidup saya. Banyak perkara yang saya dapat capai terutama dalam kerjaya seni.

“Bukan saja dapat bergelar pelakon dan penyanyi, tapi diberikan ruang untuk mencuba nasib dalam bidang penyampaian radio serta pengacaraan.

“Saya positif dan bersyukur dengan setiap ketentuan Ilahi. Saya anggap belum rezeki saya dan isteri untuk menimang cahaya mata,” katanya.

Izzue berharap 2020 bakal memberi khabar gembira buat dirinya dan isteri agar dikurniakan cahaya mata.

“Harap tahun depan dapat timang cahaya mata dan menunaikan umrah. Doakan segala urusan saya dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik,”katanya.

Ditanya mengenai pembabitannya dalam industri seni yang dikatakan merebut semua rezeki yang datang hingga tiada nilai eksklusif, Izzue berkata, dia sukar menolak rezeki yang datang.

“Saya tidak mahu tolak rezeki. Sekarang masa mencari pengalaman dan tambah ilmu. Saya memang suka bekerja dan tidak kisah penat.

“Saya nak orang gembira dengan apa yang saya lakukan. Semua ini saya buat untuk diri saya pada kemudian hari.

“Saya tak tahu berapa lama lagi bakal berada dalam industri seni. Jadi setiap peluang yang datang saya manfaatkan sebaik mungkin dan pastikan ia disampaikan dengan baik,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.