fbpx
Now Reading
Hanya Berumur 8 Tahun, Pendapatan Youtuber Ryan Kaji Cecah RM107.6 Juta Tahun Ini!

Hanya Berumur 8 Tahun, Pendapatan Youtuber Ryan Kaji Cecah RM107.6 Juta Tahun Ini!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ada banyak cara untuk kita menjadi kaya atau jutawan. Kebiasaanya melalui perniagaan. Tapi dengan Youtube juga membuatkan anda menjadi jutawan! Ya! Dengan hanya memuat naik video Youtube!

Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, Ryan Kaji, memperoleh pendapatan mencecah AS$26 juta (RM107.6 juta) tahun ini, menjadikannya ‘creator’ di laman perkongsian video YouTube dengan bayaran tertinggi, kata majalah Forbes.

Kaji atau nama sebenarnya Ryan Guan turut mencatat pendapatan tertinggi di platform itu tahun lalu mencecah AS$22 juta (RM91 juta).

Saluran ‘Ryan’s World’ yang dilancarkan ibu bapa Ryan pada 2015 ketika berusia tiga tahun kini mempunyai 22.9 juta pelanggan.

Dikenali pada awalnya sebagai ‘Ryan ToysReview’, saluran itu memaparkan aksi kanak-kanak itu membuka kotak mainan dan bermain dengannya.

Nama saluran itu ditukar baru-baru ini selepas mendapat bantahan daripada sebuah organisasi hak pengguna, Truth Advertising.

Truth Advertising menuduh saluran itu tidak menyatakan dengan jelas sama ada video itu ditaja atau tidak.

Mengikut ranking Forbes, Ryan Kaji memintas saluran ‘Dude Perfect’ yang berada di tempat kedua dengan pendapatan mencecah AS$20 juta (RM82.8 juta).

Saluran ‘Dude Perfect’ kendalian sekumpulan sahabat dari Texas itu antara lain memaparkan cubaan mereka melakukan beberapa aksi sukar seperti cuba menjaringkan bola keranjang dari atas bangunan atau helikopter.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.