fbpx
Now Reading
Isteri Masuk Hospital Kerana Influenza A, Black Hanifah Terpaksa Masak Sendiri di Rumah

Isteri Masuk Hospital Kerana Influenza A, Black Hanifah Terpaksa Masak Sendiri di Rumah

Kerana isteri Naquia Yasirah menghidap Influenza A, penyanyi Black Hanifah terpaksa masak sendiri di rumah.

Yasirah atau lebih mesra dipanggil Cira telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Geram memang geram tapi dia demam. Doakan dia sembuh cepat Ya Allah amin,” tulisnya secara ringkas.

Menerusi Instagram Stories milik Black menunjukkan gelagatnya terpaksa menyediakan juadah makanan tanpa dibantu isterinya.

“Orang rumah tak ada, dia di hospital tak sihat. Terpaksa masak sendiri la ye,” katanya dengan mimik muka sedih.

Perkongsian itu mendapat perhatian para pengikut Black, rata-rata mereka mendoakan agar Cira sembuh sepenuhnya dengan segera.

See Also

Black dan Cira telah mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013.

Pasangan ini dianugerahkan dua orang cahaya mata, Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyana.

Sekadar info, influenza adalah jangkitan dengan gejala utama seperti demam selsema atau flu, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan.

Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim dipandang serius sejak peningkatan kes penularan yang tular di media sosial.

Bagi mereka yang mempunyai gejala jangkitan influenza dinasihatkan untuk tidak pergi ke tempat tumpuan ramai, sebaliknya hanya berehat di rumah.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.