fbpx
Now Reading
Ayie Floor 88 Pengsan Ketika Konsert [Video]

Ayie Floor 88 Pengsan Ketika Konsert [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B7TnkyugxMt/

PENYANYI kumpulan Floor 88, Ayie semalam tiba-tiba rebah ketika sedang melakukan persembahan live bersama ahli kumpulannya di Konsert Gempak NEGERI fm.

Konsert yang berlangsung di padang awam Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu bersempena meraikan Hari Keputeraan Ke-72 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertukar cemas selepas ahli kumpulan lain bersama kru pentas dilihat berkejaran mendapatkan Ayie yang telah pun pengsan sebelum hos menenangkan keadaan.

sumber : facebook Negerifm

Floor 88 dalam satu kenyataan di Instagram memohon maaf kepada pengunjung yang hadir kerana tidak dapat meneruskan persembahan di Konsert berkenaan.

“Kami Floor 88 ingin memohon maaf kerana tidak dapat meneruskan persembahan di Konsert Gempak NEGERI fm. Kami akan kongsi perkembangan penuh keadaan kesihatan Ayie. Terima kasih pada yang hadir dan tidak putus mendoakan kesihatan Ayie ” tulis mereka.

Menerusi video seminit itu, Ayie dilihat sedang menyanyikan lagu Aqilah sebelum tiba-tiba rebah. Dia kemudiannya telah diangkat ke belakang pentas.

Dipetik dari Metro Ayie sebenarnya sedang menyanyi dalam keadaan tidak berapa sihat, Malah dari awal persembahan, nyanyian Ayie sudah dilihat serba tidak kena malah vokalnya dikatakan tidak sampai dan tenggelam timbul.

Mungkin Ayie memerlukan rehat yang secukupnya sebelumnya kembali ke pentas. Kami di Buzzkini mendoakan dia segera sembuh. Get well soon bro!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.