fbpx
Now Reading
“Anda Betul, Ia Memang Sedap” Wartawan The Telegraph Buat U-Turn Kini Akui Nasi Lemak Sedap

“Anda Betul, Ia Memang Sedap” Wartawan The Telegraph Buat U-Turn Kini Akui Nasi Lemak Sedap

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila seorang wartawan dari Britain ‘diserang’ gara-gara tindakannya mengkritik hidangan nasi lemak yang dihidangkan kepadanya sewaktu menaiki pesawat penerbangan British Airways (BA) yang sedang terbang pulang ke negaranya.

Ekoran dari ‘serangan’ netizen Malaysia, wartawan tersebut, Katie Morley bertindak memohon maaf dan menyatakan lansung tiada niat untuk memperkecilkan mana-mana pihak dan berjanji aku mencuba rasa nasi lemak ‘sebenar’

Baca artikel berkaitan : Wartawan Antarabangsa Mohon Maaf Kritik Nasi Lemak

Terbaru Morley memuat naik perkongsian di Twitternya dengan menyatakan yang dia sudah pun merasai versi nasi lemak sebenar. Malah dia mengakui bahawa nasi lemak versi sebenar adalah sedap dan berbeza dari apa yang dirasainya semasa di dalam penerbangan British Airways.

“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mencadangkan agar saya mencuba nasi lemak versi sebenar. Anda betul, ia memang sedap! Langsung tidak menyamai apa yang sama dapat semasa dia dalam penerbangan BA” tulis Morley di Twitternya.

Difahamkan wartawan itu mencuba makanan nasi lemak di sebuah kedai makanan Malaysia yang bernama Zheng di Chelsea, London.

Diharap para netizen kini bolehlah bertenang dengan kenyataan terbaru dari Morley ini, Mungkin nasibnya memang tidak baik sewaktu mendapat hidangan nasi lemak di dalam pesawat BA tersebut.

Kalau ddia ke Malaysia, agak-agak kedai nasi lemak mana yang korang nak cadangkan untuk dia cuba?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.