Pasar Huanan Seafood Dikatakan Punca Wabak Wuhan, Koala Antara Yang Dijual

Satu lagi wabak misteri baru sedang merebak di dunia dan menjadi satu ketakukan kepada semua, iaitu Pneumonia yang menyebabkan keradangan pada paru-paru. Wabak ini pada awalnya telah dikenal pasti menular di daerah Wuhan, terletak di timur negara  China.

Antara yang negara yang terlibat sama adalah Thailand dan baru-baru ini Singapura.

BACA : Kes-pertama-virus-wuhan-sah-berada-di-singapura

Wabak ini juga dikaitkan dengan virus korona dan mampu mengancam nyawa. Setakat ini dilaporkan, 17 kematian telah dilaporkan di China akibat wabak misteri tersebut dan hampir 50 pesakit dijangkiti.

Pasar Huanan Seafood, yang terletak di pusat bandar Wuhan di China dikatakan antara punca utama wabak-wabak misteri ini tersebar. Pasar ini seperti yang sedia maklum sering menjual barangan bekalan mentah seperti ular, tikus dan serigala hidup untuk penduduk tempatan mereka.

Menerusi akhar China Morning Post, mereka telah menunjukan senarai harga haiwan liar yang telah dijual oleh salah seorang peniaga disitu. Antara haiwan-haiwan yang disenaraikan dijual adalah rubah hidup, buaya, anak-anak serigala, salamanders gergasi, ular, tikus, burung merak, dan landak.

Paling mengejutkan apabila koala juga turut tersenarai dalam senarai harga haiwan eksotik yang dijual. Menu tersebut menunjukkan harga daging koala dijual dengan harga RMB 70.

Warga Australia dan para pengguna media sosial juga turut terkejut apabila mengetahui koala juga turut dimakan oleh rakyat negara China.

Dalam senarai tersebut, telah memaparkan sebanyak hampir 112 jenis haiwan liar, menjadi mangsa oleh peniaga di Pasar Pasar Huanan Seafood.

Australia kini turut diancam dengan penularan wabak misteri ini. Beberapa buah kes telah dilaporkan berlaku di Australia dan salah satu penyebabnya ialah mangsa virus ini baru pulang dari negara China.

Malah, pelancong negara dari negara China yang masuk ke Australia, akan diperiksa status kesihatan mereka sebelum dibenarkan menjejakan kaki ke negara tersebut.

Orang ramai diminta untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga mengenai penularan wabak ini.

Sumber: Daily Mail Australia.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago