fbpx
Now Reading
“Saya sudah bersedia untuk menyanyi semula” – Ayie Floor 88

“Saya sudah bersedia untuk menyanyi semula” – Ayie Floor 88

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, peminat dikejutkan dengan video penyanyi penyanyi kumpulan Floor 88, Ayie, 22 yang pengsan ketika menyanyikan lagu Aqilah dalam Konsert Gempak NEGERI fm di Kuala Pilah, Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan Ke-72 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Ramai yang risau dengan keadaan kesihatan Ayie pada ketika itu.

BACA : Ayie-floor-88-pengsan-ketika-konsert.

Selepas berehat kira-kira dua minggu, Ayie kini pulih daripada masalah peti suara dan vokal koyak.

BACA : ayie-alami-masalah-pita-suara-floor-88-cari-vokalis-baharu.

Ayie berkata, dia bersyukur keadaan kesihatannya bertambah baik selepas mendapatkan rawatan dan rehat yang cukup.

“Alhamdulillah, saya kini makin sihat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya untuk segera pulih. Saya sudah baik sekarang dan kepada keluarga, rakan, peminat termasuk syarikat rakaman, terima kasih diucapkan,” katanya.

Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah berkata, dia kini tidak sabar untuk menghiburkan peminat Floor 88.

“Saya sudah bersedia untuk menyanyi semula. Nantikan kemunculan saya bersama Floor 88 nanti. Terima kasih juga kepada doktor yang merawat dan nasihat diberikan,” katanya.

Ayie sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kesihatan membabitkan peti suaranya atau vokal koyak yang memerlukan dia berehat seketika.

Selepas mengambil kira pandangan doktor, Ayie perlu berehat selama tiga minggu untuk pulih.

Tidak cukup rehat dan kepenatan akibat jadual Floor 88 yang terlalu padat adalah punca kepada masalah kesihatan Ayie.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.