fbpx
Now Reading
Ayie Alami Masalah Pita Suara, Floor 88 Cari Vokalis Baharu

Ayie Alami Masalah Pita Suara, Floor 88 Cari Vokalis Baharu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B7f1bQdgQPy/

Peminat dunia hiburan sebelum ini dikejutkan dengan insiden Ayie, vokalis dari kumpulan Floor 88 yang rebah sewaktu sedang mengadakan persembahan di sebuah konsert di Negeri Sembilan

Insiden itu menyebabkan persembahan mereka terpaksa diberhentikan. Maklumat lanjut mendapati punca Ayie pitam adalah kerana kurang mendapat rehat yang secukupnya ekoran dari jadual mereka yang ketat

Baca artikle berkaitan : Ayie Floor 88 Pengsan Ketika Konsert

Terbaru kumpulan itu sekali lagi berdepan satu lagi ujian apabila Ayie disahkan mengalami masalah pada pita suara.

Dipetik dari mStar Eric Fuzi , keyboardist Floor 88 berkata, doktor telah menyarankan agar Ayie berehat daripada bidang nyanyian sekurang-kurangnya dalam tiga minggu.

“Satu demi satu cabaran menimpa Floor88, kini Ayie disahkan mengalami kecederaan kotak suara.

“Dia terlalu kerja keras untuk menyanyi dengan baik biarpun mengalami masalah kesihatan sepanjang minggu lalu.

“Ayie mungkin tidak dapat menyanyi buat selama-lamanya jika dia tidak berehat seperti yang dinasihatkan doktor,” kata Eric kepada portal berkenaan.

Dalam masa sama, kumpulan itu difahamkan sedang mencari penyanyi gantian agar mereka dapat memenuhi undangan persembahan dalam masa tersekat.

“Kalau diikutkan jadual persembahan kami memang padat sepanjang bulan ini, takkan nak batalkan semuanya? Jadi kami sepakat untuk mencari bakat baru untuk turut sama menyanyi bersama Ayie di atas pentas.

“Jadi penganjur tidak akan berasa kecewa apabila Ayie turut menyanyi namun dibantu penyanyi kedua.

“Kami baru sahaja uar-uarkan perkara ini di media sosial. Harap-harap ada penyanyi baharu yang memenuhi kriteria,” katanya lagi

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.