fbpx
Now Reading
“Jangan Masuk Campur Urusan Rumah Tangga Orang Dan Tayangkan Di Media Sosial” – Da’i Wan

“Jangan Masuk Campur Urusan Rumah Tangga Orang Dan Tayangkan Di Media Sosial” – Da’i Wan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B8zxmwoJ3pG/

Nampaknya isu usahawan kosmetik Aliff Syukri yang bertandang ke rumah balu arwah Abam, Nor Hidayah Mohd Ali sehingga mencetuskan pergolakan dalam kalangan keluarga berkenaan bukan sahaja mendapat perhatian masyarakat dan rakan selebriti, malahan ia turut mendapat perhatian pendakwah bebas Dai’ Wan

Da’i Wan atau nama betulnya Wan Dazrin bin Wan Din mengingatkan semua orang bahawa itu adalah kelemahan dan keburukan mengguna media sosial. Dan disebabkan itu sebagai pengguna mereka tidak sepatutnya mencampuri urusan rumah tangga atau keluarga seseorang.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila satu-satu masalah itu kemudian diceritakan kepada umum sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi yang secara tidak langsung menimbulkan kemudaratan

Baca artikel berkaitan : Balu Abam Dedah Kereta Ditarik, Aliff Syukri Dikecam Memecah Belahkan Keluarga

“Ramai yang terlupa satu benda, satu benda yang tak patut dibuat dari awal-awal lagi. Nak tahu tak apa dia? Jangan masuk campur urusan rumah tangga atau keluarga orang dan tayangkannya di media sosial.
 
“Nak bantu datang sahaja bantu. Ceritakan tentang bantuan dan pulang. Ini, tidak, masa tu lah, nak itulah inilah, itu juga jadi pengukur kita ni pandai ke tak guna media sosial,” tulisnya di sebuah posting di Instagram.


Lebih menghampakan pada Dai’ Wab apabila platform media sosial itu sendiri menyebabkan ramai orang cenderung untuk menghukum seseorang sedangkan mereka hanya mendengar dari sebelah pihak.

Baca artikel berkaitan : Akhirnya Ali Puteh Bersuara



“Bila tak pandai dan tak tahu kelemahan media sosial, apa yang berlaku? Dengar sebelah pihak, hukum sebelah pihak. Kita dah jadi tukang hukum segera.

“Yang lagi bahaya adalah orang yang memulakan, sehingga semua ini terjadi kerana ketidakpandaian. Tak takut ke? Azab menanti kita? Lidah kita, mulut kita dan tangan kita ini semua ada tanggungannya nanti.

“Tolonglah netizen yang beragama Islam. Cukuplah. Janganlah kita jadi ‘penuntut isu’, sibukkanlah diri menjadi ‘penuntut ilmu’ bak kata Ustaz Fahmi yang saya kasihi,” pintanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.