Cucu Tun M, Ally Mukhriz Berkahwin, Kongsi Momen ‘Cute’ Makan Maggi Buat Netizen Tertarik

Nampaknya ramai yang mengambil peluang untuk melangsungkan perkahwinan pada bulan februari tahun ni

Selain dari tarikh yang cantik , faktor senang di ingati juga antara penyebab kenapa orang ramai memilih tarikh-tarikh cantik ini.

Antara mereka yang memilih disatukan pada bulan ini adalah pasangan selebriti, Aiman Hakim bersama Zahirah MacWilson juga Emma Maembong bersama pasangannya, Muhammad Shazli Azhar.

Namun disebalik kehangatan selebriti-selebriti ini melangsungkan perkahwinan mereka , pernikahan cucu Perdana Menteri Tun Mahathir, Ally Mukhriz turut menarik perhatian ramai.

Ally, anak sulung kepada Menteri Besar Kedah, Dato Seri Mukhriz Mahathir dan isteri Tok Puan Norzieta Zakaria disatukan bersama pasangannya Ezran Daud Cheah dalam satu majlis akad nikah di Kuala Lumpur pada 20/2/2020

Yang menariknya, menerusi Instagram Ally telah memuat naik dua gambar behind the scene (bts) dari majlisnya dengan gambar pertama yang menyaksikan pasangan mempelai ini berbaring santai di pelamin dan gambar kedua yang begitu menarik perhatian ramai; sedang menjamah mee segera dengan lengkap berbusana pengantin

Foto : IG Ally Mukhriz

“Perkenalakan Mr dan Mrs Cheah” tulis Ally sebagai kapsyen.

Selain dari foto yang dimuat naik Ally, ayahnya Mukhriz turut mengambil kesempatan berkongsi foto disekitar majlis tersebut dengan kapsyen bertulis : ” Alhamdulillah selesai sudah pernikahan Ally Mukhriz dan Ezran Daud Cheah. Mudah- mudahaa bahagia dan berkekalan hingga ke jannatul firdaus in shaa Allah. Mohon doakan kesejahteraan mereka berdua.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut Ally mengambil kesempatan mengucapkan tahniah buat dirinya serta pasangan. Ramai juga yang turut memuji kecantikannya sewaktu majlis terbabit , serta majlis ‘simple’ yang diadakan.

Dan seperti di jangka, paling menarik perhatian adalah momen ‘cute’ memakan maggi tersebut.

Kami di Buzzkini mengucapkan Selamat pengantin baru buat Ally Mukhriz dan suaminya, Ezran Dauh Cheah. Selamat menempuhi Alam perkahwinan!

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

10 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

10 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

11 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

11 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

11 hours ago