fbpx
Now Reading
Kisah Adik Order Satay Satu Cucuk Guna Food Panda Buat Netizen Terhibur

Kisah Adik Order Satay Satu Cucuk Guna Food Panda Buat Netizen Terhibur

Buat anda yang jarang dapat peluang berhimpun bersama keluarga, pelaksanaan PKP secara tidak langsung sebenarnya memberikan anda kesempatan untuk duduk bersama dalam satu tempoh yang panjang.

Namun bila dah berhimpun, pasti banyak ragam yang akan diperlihatkan terutamanya perkara-perkara lucu.

Sama seperti wanita ini, Liza Ahmad yang berkongsi kisah dimana adiknya melakukan kesilapan dengan menempah hanya secucuk satay yang bukan sahaja mencuit hati kaum keluarganya malahan para netizen yang membaca

Hanya kerana tersalah tekan

Adoiii laa adik aku ni buat hal dia nak order satay 10 cucuk.. terorder satu cucuk je.. mesti abg food panda tu gelak mengekek… Hahahaha 

Difahamkan si adik pada mulanya mahu memesan 10 cucuk sate, namun dia yang baru pertama kali menggunakan aplikasi penghantaran Food Panda telah tersilap memasukkan jumlah kualiti makanan tersebut.

Hasilnya, jumlah pesanan yang seharusnya adalah sebanyak 10 cucuk akhirnya menjadi 1

Soalan pertama yang keluar, Dapat tak kuah?

Yang menariknya pesanannya tetap disediakan dan dihantar malah pihak kedai turut membekalkan sekali kuahnya.

Sori laa semua.. adik sy ni jenis lurus.. sebenarnye dia tak reti guna apps foodpanda.. selama ni dia expert guna apps…

Posted by Liza Ahmad on Sunday, April 5, 2020

Turut dapat perhatian pemilik kedai satay

Tidak berhenti disitu sahaja, kisah lucu ini akhirnya sampai ke pemilik kedai sate tersebut selepas diviralkan di sebuah portal, RCM di facebook.

See Also

Menurut pemilik kedai tersebut, dia sendiri tidak menyedari insiden terbabit sebelum ianya diviralkan. Difahamkan sate tersebut dibungkus oleh anak saudaranya yang berumur 13 tahun dan terus dihantar kepada pelanggan.

1 cucuk pun kita layan

Dia kemudiannya menzahirkan rasa terima kasih di atas pesanan tersebut dan berjanji akan meningkatkan lagi prestasi jualan mereka.

Hmmm, apa agaknya perasaan rider food panda masa hantar sate tu kan?? Haha

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.