fbpx
Now Reading
“Seniman Adalah Persatuan Terawal Hulur Bantuan” – Wan Maimunah

“Seniman Adalah Persatuan Terawal Hulur Bantuan” – Wan Maimunah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B-6jSmMJY6M/

Baru-baru ini tular video pelakon veteran Wan Maimunah yang menangis terharu selepas dikunjungi Ustaz Sheikh Mohammad yang datang menghulurkan bantuan makanan kepadanya.

Namun di sebalik laporan tersebut, ramai yang tersalah erti sehingga menghentam persatuan-persatuan yang mewakili artis dan penggiat seni terutamanya Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) seolah-olah tidak mengambil peduli keadaan artis-artis veteran ketika PKP.

Merasakan perlu menjernihkan keadaan Wan Maimunah akhinya tampil menerangkan keadaan sebenar kepada Harian Metro

Seniman dan PKAVM antara terawal hantar bantuan

“Saya agak kecewa apabila terima paparan skrin kecaman netizen terhadap Seniman dan persatuan-persatuan artis lain. Sebenarnya Seniman yang mula-mula sekali hantar bantuan kepada saya, seterusnya disusuli dengan Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM). Alhamdulillah, saya dapat perhatian mereka sekali gus apa yang dikatakan itu tak betul

“Tak seronoklah kerana pihak Seniman adalah persatuan terawal ambil berat dan menghulurkan bantuan. Jadi, saya sangat ‘down’ dengan apa yang berlaku. Cuba dengar betul-betul apa yang saya cakap dalam video itu. Saya kata bersyukur sangat dapat lagi bantuan.

“Ini bermakna sebelum itu sudah dapat. Takkanlah Seniman nak kena ‘update’ setiapkali beri bantuan kepada artis. Banyak lagi kerja lain yang nak dibuat,” katanya kepada portal itu.

Dalam masa sama, pelakon veteran itu juga turut menasihatkan orang ramai agar tidak cepat melatah dan mengeluarkan sebarang komen yang tidak manis

“Saya sangat berterima kasih dengan komen peminat kerana ia tanda mereka sayangkan saya. Cuma saya minta janganlah berburuk sangka kepada orang. Tak semua yang menghulurkan bantuan itu nak menghebohkan kepada orang ramai.

“Seniman memang ada buat bantuan. Namun kita juga kena ingat dari mana Seniman nak dapat dana kerana mereka juga perlu cari sumbangan bagi memberikan bantuan ini,” terangnya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.