fbpx
Now Reading
“Kebenaran Sebenar”- Elon Musk Didakwa Sokong Netizen Beri Kritikan Berbaur Anti-Semitik

“Kebenaran Sebenar”- Elon Musk Didakwa Sokong Netizen Beri Kritikan Berbaur Anti-Semitik

Menurut Musk, dia berasa tersinggung dengan mesej ADL dan mana-mana kumpulan lain yang menolak perkauman anti-kulit putih secara ‘de facto’ atau perkauman anti-Asia atau apa jenis perkauman serta sudah muak dengannya dan mahu ia diberhentikan segera.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pemilik kepada jenama Tesla dan rangkaian media X (Twitter), Elon Musk bersetuju dengan hantaran bersifat anti-semitik yang dimuat naik oleh netizen di aplikasi berkenaan.

Musk berkata demikian selepas terdapat ciapan daripada seorang individu yang juga pengguna X yang mendakwa orang Yahudi untuk menghasut kebencian terhadap orang kulit putih, namun mahu orang lain tidak melakukan perkara sama kepada mereka.

Musk kemudian menjawab ciapan itu dengan berkata “Anda telah mengatakan kebenaran yang sebenar.”

Musk kritik ADL dalam ciapan di laman X

Malah dalam satu lagi hantaran, pengasas syarikat kenderaan elektronik Tesla itu juga mengkritik Liga Anti-Fitnah (ADL) iaitu sebuah kumpulan advokasi yang berfungsi untuk memerangi kebencian terhadap orang Yahudi.

“ADL secara tidak adil menyerang majoriti Barat, meskipun majoriti Barat menyokong orang Yahudi dan Israel. Ini kerana merek tidak boleh, dengan prinsip mereka sendiri, mengkritik kumpulan minoriti yang menjadi ancaman utama mereka,” ciapnya.

Memetik laporan CBS News, komen itu dibuat Musk di saat ketegangan memuncak disebabkan oleh perang Israel-Hamas yang didakwa telah menguatkan sentimen anti-semitik dan anti-Muslim di kolej-kolej di United States (US)

Sementara itu menurut data dikeluarkan oleh ADL, sejak konflik meletus pada Oktober lalu terdapat peningkatan signifikan di dalam kes anti-semitik di seluruh Amerika Syarikat (AS).

Tersinggung dengan mesej ADL

Kenyataan itu kemudian dibalas oleh seorang individu yang mengatakan ia adalah tidak adil untuk menyatakan keseluruhan komuniti Yahudi menyebarkan kebencian terhadap orang putih.

“Betul ia tidak mengatakan kepada semua komuniti Yahudi, tetapi tidak semua mempunyai had kepada ADL,” katanya membalas kepada individu tersebut.

Musk yang juga individu terkaya dunia itu dalam masa sama turut menyatakan dia berasa tersinggung dengan mesej daripada ADL.

Musk turut meluahkan rasa tersinggungnya dengan tindakan ADL sejak kebelakangan ini.

“Saya sudah penat dengannya. Berhenti sekarang.”

Pada September lalu, Musk telah memberi amaran untuk menyaman ADL kerana telah bertindak menuduhnya dan laman X bersikap anti-semitik.

Dia turut mendakwa tindakan pihak berkenaan telah menyebabkan pengiklan meninggalkan media sosial tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.