fbpx
Now Reading
“Desperately Rindu Dia, Nak Sangat Berjumpa” -Lelaki Ini Minta Netizen Bantu Cari Ayahnya

“Desperately Rindu Dia, Nak Sangat Berjumpa” -Lelaki Ini Minta Netizen Bantu Cari Ayahnya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/slaaassshhhh/status/1251730033552453634

Hubungan antara anak dan kedua ibu bapanya adalah hubungan yang sangat suci dan istimewa.

Biarpun ada yang terpisah atas beberapa faktor, hubungan itu tetap tidak akan terputus buat selama-lamanya malah pasti terselit kerinduan untuk menemui mereka.

Menerusi Twitter, seorang pemuda, Slash Zuindra memohon bantuan orang ramai untuk menjejaki ayah kandungnya, Haizal Mohd Isa sudah begitu lama terputus hubungan.

Terpisah 20 tahun

Mengakui rindu pada ayah kandungnya yang sudah terpisah selama 20 tahun , Slash turut menjelaskan yang ibu bapanya berpisah ketika dia masih kecil.

“Mama & ayah aku bercerai dari aku kecil lagi. Sebab apa tu aku pon takpernah tanya. Aku ingat je moment2 dengan dia masa kecik, ingat2 lupa lah..

Dah lama nak cari tapi tidak tahu cara ..

“Sekarang aku stay dengan mama & bapak tiri aku. Dah lama aku nak cari ayah kandung aku ni tapi taktahu macam mana nak cari” tulisnya di Twitter

Foto ayahnya, Haizal Bin Mohd Isa yang masih dalam simpanan Slash

Tambahnya lagi maklumat mengenai ayahnya juga banyak yang sudah hilang kerana keluarganya kerap berpindah sebelum ini.

“Maklumat dia semua aku takde. No IC ke sijil kahwin mama & dia dulu pon dah hilang entah sebab kami selalu berpindah randah.

Nama ‘Slash’ dipilih oleh si ayah kerana Guns n Roses

Menurut Slash lagi, nama betulnya Slah Zuindra dipilih oleh ayahnya kerana dia begitu meminati kumpulan Guns n Roses yang berasal dari Los Angeles itu.

Nama sebenar Slash Zuindra. Ayah kandung saya yang bagi tu, ramai yang bertanyakan kenapa nama saya macam tu. Ini kerana ayah saya tu dia minat dengan kumpulan ‘Guns and Roses’. 

Slash berharap dia dapat menemuinya satu hari nanti.

Saya harap ‘goal’ untuk cari ayah dapat menjadi impian paling terindah dalam hidup saya.

“Jadi, to anyone who concern dalam twitterjaya ni, please. Do your power gais. Truly aku nak sangat jumpa dia, nak peluk dia. Nak cakap yang aku rindu gila kat dia.

Perkongsian Slash menarik minat netizen dengan rata-rata mereka turut berharap dia dapat menemui kembali ayah kandungnya itu.

Tidak kurang juga yang cuba membantu dengan meminta pemuda ini untuk berkongsikan maklumat lebih lanjut secara DM

Kami di Buzzkini mendoakan agar Slash dapat menemui kembali ayah kandung yang dicarinya. Jika sudah tertulis takdir Tuhan bertemu kembali, pasti akan bersama jua.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.