fbpx
Now Reading
“Please Daddy, Jangan Beritahu Mommy” – Kisah Lelaki Ini & Anaknya Di Pusara Ibu Mereka Undang Sebak Netizen

“Please Daddy, Jangan Beritahu Mommy” – Kisah Lelaki Ini & Anaknya Di Pusara Ibu Mereka Undang Sebak Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 atau berita-berita menarik dalam negara. Atau copy & paste link kami : https://t.me/buzzkini ke browser anda


Jika anda masih ingat hampir 2 tahun dahulu, tular kisah seorang lelaki, Khairul Abdullah yang kehilangan isterinya, Marleena Abdul Manaff akibat jangkitan kuman dalam darah. Kisah mereka bukan sahaja mengundang simpati netizen malah turut mendapat liputan media.

Malah lebih menghibakan Khairul kerap dilihat berkongsi perkembangan dan kehidupan harian bersama tiga anaknya selepas kehilangan isteri tercinta.

Terbaru sempena hari ibu, Khairul memuat naik satu perkongsian kisah dimana dia membawa kesemua anak-anaknya yang semakin membesar untuk menziarahi kubur ibu mereka.

Awal pagi aku bawa anak-anak ziarah kubur.”Oh Allah, please forgive my mommy and put her into syurga. Aamiin.” Doa mereka bertiga macam biasa usai Al-Fatihah.”Daddy, can we go home now?” ajak si abang.

Aku dah nampak dia lain macam kali ini. Tadi waktu nak keluar kereta pun dia ambik masa. Dia cakap tak sihat. Aku tahu kalau dia macam mengelak tu tandanya dia sedih. Waktu pagi aku ajak pergi pun dia cakap dia takut dia sedih.

Tak penah menangis semenjak pemergian ibunya

Korang tahu kan, dia tak pernah menangis pasal mak dia. Dia pernah berjanji dengan mak dia yang dia tak akan menangis bila mak dia mati. So dia pegang janji dia. Kalau dia sedih tu dia akan elak bercakap pasal mak dia. 

Namun pagi tadi dia gagahkan bila aku ajak. Bila dia ajak balik tu aku cakap tunggu sekejap. “Daddy want to talk to mommy. Nak cerita pada mommy pasal baby, pasal adik dan juga pasal abang yang selalu tak dengar cakap daddy.”

Akhirnya air mata tumpah juga

Belum sempat aku habis ayat, terus dia peluk kaki aku. “Please don’t daddy, don’t tell mommy. Please, please.” Suara dia bergetar kuat. Air mata dia tumpah laju tanpa tangis. Dia masih menahan getap bibir dan esakan mula kedengaran. Masih dia meratib ayat please don’t agar tidak aku ceritakan pada mak dia. “Ok ok ok, I’m sorry. Daddy minta maaf, daddy tak cerita pada mommy. Abang baik, abang selalu tolong daddy. Abang anak yang bijak dan rajin. She must be very proud of you.”

Terlalu menahan rindu pada seorang ibu

Aku dah silap ayat. Tak patut aku ugut dia macam tu. Aku pula yang menyesal. Aku terbayang apa yang dia rasa. Bagaimana perasaan anak kecil yang menahan rindu pada seorang ibu.

Anak kecil yang tak pernah menangis kerana sudah berjanji begitu. Pasti anak itu kecewa kerana gagal memegang janjinya. Aku pula yang teresak-esak kat situ. Kesalnya aku. Dan dia masih menyembam mukanya ke kaki aku menyembunyikan tangisnya. Aku angkat, aku dukung dan aku peluk erat.

Jeda. Yang, Anak-anak semua ok. I’m ok too. It is tough but it’s ok. You don’t have to worry about us. . Baby dah pandai bercakap tau. Abang-abang dah pandai membaca. Semuanya dah besar yang. You must be proud of them. As for me, I did my best. I gave it all. And I hope I make you proud too. Selamat Hari Ibu. We miss you dearly.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.