fbpx
Now Reading
Peminat Tertarik & Ingin Peluk Islam Selepas Dengar Alunan Selawat Zizi Kirana

Peminat Tertarik & Ingin Peluk Islam Selepas Dengar Alunan Selawat Zizi Kirana

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 atau berita-berita menarik dalam negara. Atau copy & paste link kami : https://t.me/buzzkini pada browser anda


Bila berbicara pasal Zizi Kirana, pasti semua orang tahu penyanyi ini akan tampil bertudung dan menutup aurat setiap kali menyambut Ramadan.

Tidak cukup dengan itu sahaja, dia juga akan menggunakan masa yang terluang di bulan mulia ini dengan memperbanyakkan ibadahnya.

Muat naik video selawat di Youtube

Terbaru bersempena Hari Nuzul Quran, Zizi telah memuat video selawatnya di saluran Youtube.

Yang menariknya video itu bukan sahaja menarik perhatian pengikut yang beragama islam malahan peminatnya yang bukan beragama islam.

Alhamdulillah Allahuakbar!

Menerusi IG Story Zizi meluahkan rasa syukur dan tersentuh apabila terbaca satu komen daripada peminatnya yang tertarik untuk memeluk agama Islam selepas mendengar alunan selawatnya itu.

“Alhamdulillah, Allahuakbar” tulis penyanyi yang pernah mengajar anak kecil mengaji kanak-kanak suatu masa dahulu.

Tak pernah terima komen sebegini, hingga rasa tersentuh

“Ketika membaca komen itu, terus saya ucapkan Alhamdulillah dan Allahuakbar. Tak pernah saya terima komen sebegini dan sejujurnya, hati saya sangat tersentuh

“Betapa besarnya kuasa Allah, siapa sangka lagu selawat yang saya sendiri rakamkan dengan hanya menggunakan telefon pintar dapat menyentuh dan membuka hati orang yang mendengar,” katanya kepada Harian Metro.

Kongsi bukan untuk membangga diri

“Saya kongsikan bukan kerana saya nak membangga diri atau apa, sebaliknya saya nak kongsikan dengan pengikut saya di Instagram bahawa ada benda yang kita rasakan kecil sebenarnya besar nilainya buat orang lain,” jelasnya lagi

Tambah Zizi lagi, dia juga kagum dengan peminat terbabit yang menggunakan nama Daniel Pang kerana benar-benar menghayati dendangan itu.

“Dia benar-benar menghayati setiap perkataan itu kerana dia kongsikan sekali bahagian minit ke berapa yang paling disukainya.

“Saya juga ada sertakan lirik dalam bahasa Melayu dan juga bertulisan rumi untuk memudahkan orang yang mendengar menyanyikan bersama,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.