fbpx
Now Reading
“Kreatif Tazkirah Ni”, Lelaki Review Liang Lahad Ala-ala Boss James Undang Perhatian Ramai [Video]

“Kreatif Tazkirah Ni”, Lelaki Review Liang Lahad Ala-ala Boss James Undang Perhatian Ramai [Video]

Dalam video dakwah berunsur hiburan tersebut, lelaki terbabit turut menasihati orang ramai untuk sentiasa bersedia dengan memperbanyakan amalan kerana kematian tidak mengira usia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Islam amat menitikberatkan umatnya untuk sentiasa menjaga hati dan perasaan orang lain dalam memberi sebarang teguran atau nasihat.

Hal ini kerana Allah SWT telah berpesan kepada hambaNya untuk memberi nasihat dan teguran dengan bahasa serta suara yang lembut.

فَقُولَا لَهُۥ قَوْلًۭا لَّيِّنًۭا لَّعَلَّهُۥ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ

“Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”.

Surah Taha, ayat 44

Selain menggunakan bahasa yang lembut, segelintir individu juga memilih untuk memberi teguran secara kreatif dan santai menerusi pelbagai cara.

Tular lelaki ‘review’ liang lahad dengan cara menghiburkan dalam memberi teguran

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial video seorang lelaki melakukan ‘review’ liang lahad dengan cara yang menghiburkan dalam memberi teguran.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @masjidbsofficial, lelaki terbabit dipercayai salah seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor.

Buat review liang lahad ala-ala Boss James

Apa yang menariknya, lelaki terbabit melakukan ‘review’ dengan meniru gaya TikTokers terkenal, Boss James yang sering memuat naik konten berkaitan automotif.

“Rumah terakhir untuk semua orang, tak kira yang tua atau muda, tak kira yang miskin atau yang kaya. Perumahan yang tenang bersama jiran-jiran yang tak banyak bunyi. Ini dia liang lahad tanah perkuburan.

“Rumah mampu milik, tak perlu ‘loan’, tiga kaki lebar dan tujuh kaki panjang, bahan binaan 100% daripada tanah. Lantai tiada ‘tile’, kabinet dapur, pintu pagar automatik, water heater itu semua pun tak ada,” katanya.

Terselit nasihat dalam review yang menghiburkan

Dalam video tersebut, dia turut menasihati orang ramai untuk sentiasa bersedia dengan memperbanyakkan amalan kerana kematian tidak mengira usia.

“Jadi sudahkan anda bersedia untuk berpindah ke rumah baru ini? Sama-sama kita muhasabah diri sebelum pergi takkan kembali,” katanya lagi.

@masjidbspofficial

Replying to @marmarr888 Persiapkan amalan kebaikan sebanyaknya sementara masih belum dijemput berpindah ke sini. Jom Daftar ahli Khairat kematian sebagai persediaan awal. #rumah #kubur #lianglahat #bossjames #review #fyp #masjidbandarseriputra #bandarseriputra #bangi #kajang

♬ original sound – Masjid Bandar Seri Putra – Masjid Bandar Seri Putra

Netizen terhibur dan puji cara lelaki terbabit beri teguran

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai komen yang menghiburkan selepas melihat video tersebut.

Tidak hanya itu, mereka turut memberi pujian kepada lelaki terbabit kerana berdakwah dan memberi teguran dengan cara kreatif serta menghiburkan tanpa perlu mengaibkan sesiapa.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.