Dakwa Ganja Mampu Rawat Pesakit Covid-19, Penyelidik Mohon Kajian Lebih Mendalam Dilakukan

Sebelum ini di negara kita sudah timbul beberapa dakwaaan yang mengatakan ganja mampu menyembuhkan banyak penyakit.

Malah disebabkan hal ini, seorang individu yang bergelar ‘Dr Ganja’ telah ditangkap malah nyaris dikenakan hukuman gantung sampai mati atas 36 pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis sebelum dilepaskan tetapi tidak dibebaskan (DNAA) daripada tiga pertuduhan tersebut.

Terbaru,  seorang penyelidik dari Kanada mendakwa ganja mampu untuk menyembuhkan penyakit wabak COVID-19 dan mampu menjadi pelindung dari virus maut tersebut

Namun satu kami ingatkan pengambilan ganja dengan menghisapnya tidak akan membuat anda kebal dari virus tersebut.

Terdapat beberapa strain ganja yang dapat cegah Covid-19

Ketua penyelidik, Dr. Igor Kovalchuk, Professor dari University of Lethbridge, Calgary menerusi satu kertas kajian bertajuk ‘In Search of Preventative Strategies: Novel Anti-Inflammatory High-CBD Cannabis Sativa Extracts Modulate ACE2 Expression in COVID-19 Gateway Tissues’ mengenalpasti ada beberapa strain ganja yang dapat mencegah koronavirus.

Dia yang melakukan kajian terhadap sekurangnya 400 strain ganja bagaimapanun berhasil menemukan sebilangan ekstrak darinya yang dikatakan ‘berguna’

Strain tersebut bersifat tinggi dalam anti-radang cannabinoid cannabidiol (CBD), bermakna ia mempunyai sifat-sifat anti-barah.

Tambahnya lagi dengn menggunakan model tisu buatan manusia sebagai perangsang, reaksi dari beberapa strain menunjukkan hasil yang positif. Ini pastinya dapat mempengaruhi jangkitan COVID-19 pada tisu mulut, saluran udara dan usus manusia.

“Sebilangannya telah mengurangkan jumlah reseptor (virus) ini sebanyak 73%, kemungkinan ia lebih rendah. Sekiranya mereka dapat mengurangkan bilangan reseptor, kemungkinan untuk dijangkiti akan lebih rendah , “kata Dr. Kovalchuk

Namun beliau berharap kajian lebih mendalam dapat dilakukan memandangkan hasil kajian ini tidak dapat diambil sebagai bukti konklusif bagi merawat wabak COVID-19 disebabkan beberapa faktor.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

ameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

3 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

3 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

4 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

5 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

6 hours ago