
Pemandu Mabuk Buat Hal, Menggila & Langgar Orang Ramai Di Tapak Bazar [Video]
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tiada yang lebih menakutkan selain berdepan pemandu ‘gila’ yang cuba merempuh orang ramai yang berada di sekelilingnya.
Itu yang dialami orang ramai yang berada di Tapak Bazar di Bukit Sentosa, Bukit Beruntung Selangor selepas mereka berdepan detik mengerunkan apabila sebuah kereta 4×4 jenis Toyota Hilux memandu secara melulu dipercayai dalam keadaan mabuk
Memetik Harian Metro, susulan dari peristiwa itu 2 orang disahkan cedera dan sedang menjalani rawatan selepas dirempuh kereta terbabit
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat bagaimanapun berkata, pihaknya sudah berjaya menahan pemandu tersebut yang berusia lingkungan 30-an itu.
“Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, suspek dipercayai memandu dalam keadaan mabuk hingga mengakibatkan dua lelaki cedera.
“Kami sudah menahan suspek kerana didapati memandu kenderaan secara melulu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Motif kejadian dalam siasat
Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan.