fbpx
Now Reading
Gara-Gara Tiada Lesen, Penunggang Motosikal Sanggup Rempuh Anggota Polis

Gara-Gara Tiada Lesen, Penunggang Motosikal Sanggup Rempuh Anggota Polis

Penunggang motosikal yang berusia 24 tahun itu pada mulanya memperlahankan kenderaan namun dia tiba-tiba memecut laju dan merempuh seorang anggota polis yang bertugas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pengguna jalan raya di Malaysia yang memandu kenderaan wajib mempunyai lesen memandu. Lazimnya, jenis lesen memandu adalah berbeza mengikut jenis kenderaan yang dibawa.

Ia merupakan dokumen rasmi dan pentingnya lesen ini dapat dilihat apabila ia menjadi perkara pertama yang disoal ketika pelaksanaan sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa.

Oleh sebab itu, segelintir individu yang tidak mempunyai lesen memandu yang sah, mereka cenderung untuk melarikan diri dari sekatan hingga ada yang lebih teruk boleh menyebabkan kemalangan.

Sanggup Rempuh Anggota Polis Kerana Tiada Lesen

Begitulah yang berlaku di Bachok, Kelantan apabila seorang penunggang motosikal sanggup merempuh seorang anggota polis dalam sekatan jalan raya gara-gara tidak mempunyai lesen memandu.

Menurut Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin, kejadian berlaku pada jam 5.30 petang Rabu (18 Oktober) yang lalu apabila lelaki terbabit melalui sekatan berkenaan dan menunggang motosikal jenis EX5.

Pada mulanya, penunggang yang berusia 24 tahun itu memperlahankan motosikal miliknya namun dia tiba-tiba memecut laju lalu merempuh seorang anggota polis yang bertugas.

“Akibat rempuhan itu anggota berkenaan mengalami luka di bahagian lutut, kaki dan badan,” kata beliau.

Suspek Berjaya Ditahan, Tiada Rekod Jenayah

Ekoran daripada kejadian itu, berlaku pergelutan di antara suspek dan anggota polis sebelum dia yang cuba melarikan diri berjaya ditahan.

Walau bagaimanapun, hasil siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah malah tiada barang terlarang yang ditemui pada lelaki itu.

“Hasil siasatan mendapati lelaki tersebut cuba melarikan diri kerana tidak memiliki lesen memandu dan kenderaannya dirampas.

“Lelaki itu kini ditahan reman selama empat hari bermula Khamis (19 Oktober) untuk siasatan di bawah Seksyen 353/186 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” ujar beliau.

Baca Artikel Berkaitan: Mat Rempit Rempuh Anggota JPJ Tiada Lesen, LKM Tamat Tempoh & Ada 8 Rekod Jenayah Serta Dadah

Baca Artikel Berkaitan: Padah Rempuh MPV Polis Semasa Larikan Diri, Pasangan Kekasih Ditahan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.