fbpx
Now Reading
Mat Rempit Rempuh Anggota JPJ Tiada Lesen, LKM Tamat Tempoh & Ada 8 Rekod Jenayah Serta Dadah

Mat Rempit Rempuh Anggota JPJ Tiada Lesen, LKM Tamat Tempoh & Ada 8 Rekod Jenayah Serta Dadah

Penunggang motosikal itu bukan sahaja mempunyai lapan rekod jenayah malah dia turut tidak mempunyai lesen dan LKM yang telah tamat tempoh sejak 2012.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (17 September) tular di media sosial video seorang penunggang motosikal yang merempuh seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan di Kilometer (KM) 28 Lebuh Raya Seremban, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kejadian berlaku pada hari sama ketika pihak JPJ sedang menjalankan Operasi Penguatkuasaan Sekatan Jalan Raya (SJR).

Penunggang motosikal tiada lesen, LKM tamat tempoh sejak 2012 dan tiada insurans

Hasil siasatan yang dilakukan Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Sembilan mendapati individu tersebut ada dua senarai hitam yang masih aktif.

Malah bukan itu sahaja, Lesen Kenderaan Motor (LKM) penunggang itu juga telah tamat tempoh sejak 2012. Selain itu, dia juga tidak mempunyai insurans dan lesen memandu kompeten.

“Tindakan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu Seksyen 23 (1) APJ 1987 kerana Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh pada 18 Julai 2012.

“Seterusnya, Seksyen 90 (1) APJ 1987 kerana tiada perlindungan insurans manakala Seksyen 26 (1) APJ 1987, tiada lesen memandu kompeten (CDL).

“Motosikal terbabit juga disita di bawah Seksyen 64 (1) APJ 1987,” katanya, lapor Kosmo.

Penunggang motosikal ada 8 rekod jenayah dan dadah

Terbaharu menerusi semakan dilakukan pihak polis mendapati penunggang motosikal terbabit juga memiliki lapan rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah serta jenayah.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed menjelaskan laporan berhubung kes terbabit diterima polis pada jam 12.51 tengah hari dari seorang pegawai penguat kuasa JPJ mengenai anggotanya yang dirempuh motosikal.

Nak selamatkan diri dari ditahan JPJ ketika SJR

Ujarnya, motosikal jenis Yamaha Y125ZR yang ditunggang oleh suspek dibawa dengan laju secara tiba-tiba dipercayai kerana mahu melarikan diri dari ditahan sebelum bertindak merempuh anggota JPJ yang ketika itu sedang membuat pemeriksaan.

“Suspek yang ditangkap berumur 25 tahun mempunyai 8 rekod melibatkan dadah dan jenayah. Suspek juga didapati tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Port Dickson hari ini (18 September) untuk proses tahan reman.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan penjawat awam,” ujarnya.

Anggota JPJ alami kecederaan kecil di bahagian tangan dan kaki

Anggota JPJ itu bagaimanapun telah dibawa ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut disebabkan mempunyai kecederaan kecil di bahagian kaki serta tangan ekoran kejadian tersebut.

Namun tiada kecederaan serius yang dilaporkan dan anggota JPJ terbabit dirawat sebagai pesakit luar.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.