fbpx
Now Reading
Padah Rempuh MPV Polis Semasa Larikan Diri, Pasangan Kekasih Ditahan

Padah Rempuh MPV Polis Semasa Larikan Diri, Pasangan Kekasih Ditahan

Tindakan agresif pemandu Myvi melanggar arahan dan memecut laju hingga merempuh beberapa kenderaan termasuk kereta peronda menyebabkan polis melepaskan tembakan amaran.


Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tindakan dua sejoli melarikan diri dengan memecut kenderaan yang dinaiki sehingga merempuh beberapa kenderaan di Jalan Hiburan, Tanah Merah, Kelantan akhirnya memakan diri apabila mereka diberkas pihak berkuasa.

Lebih mengejutkan apabila mereka yang enggan mematuhi arahan untuk berhenti bertindak di luar jangkauan apabila merempuh kereta peronda (MPV).

Ditemui dalam keadaan mencurigakan di lorong belakang sebuah bangunan

Menurut Ketua Polis Daerah Tanah Merah Superintendan Wan Zulfikri Wan Othman, kejadian berlaku pada jam 11 malam Ahad (10 April) sewaktu anggota Unit Kereta Peronda (MPV) melakukan rondaan di Jalan Humaira.

Anggota MPV kemudiannya ternampak sebuah Perodua Myvi berada dalam keadaan mencurigakan di belakang sebuah premis.

“Semasa ingin membuat pemeriksaan, pemandu Perodua Myvi itu cuba merempuh seorang anggota polis menyebabkan kerosakan pada pintu sebelah kiri kereta.

“Suspek kemudian memecut laju kenderaannya yang turut dinaiki teman wanitanya sehingga melanggar tiga kenderaan lain yang diletakkan di bahu jalan di Jalan Hiburan, di sini,” kata Wan Zulfikri.

Foto : Polis

Polis terpaksa lepaskan tembakan ke udara

Anggota polis terlibat kemudian telah bertindak menggunakan pembesar suara meminta suspek agar memberhentikan kenderaannya namun ianya tidak diendahkan sebaliknya dia bertindak memecut laju hingga hilang kawalan di Petronas Gertak Chaber.

Polis akhirnya terpaksa melepaskan satu das tembakan ke udara sebelum berjaya menahan kedua-dua suspek.

Tindakan agresif pemandu melanggar arahan dan memecut laju hingga merempuh beberapa kenderaan termasuk kereta peronda menyebabkan polis melepaskan tembakan amaran.

Foto : Polis


Baru berkenalan sebulan

Difahamkan pasangan kekasih berusia 20 dan 22 tahun yang ditahan kemudian mengakui bahawa mereka baru saling mengenali sebulan yang lalu.

“Suspek lelaki direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 17 April manakala teman wanitanya direman tiga hari bagi siasatan mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kejadian turut menyebabkan kenderaan MPV kemek di bahagian pintu hadapan sebelah kiri manakala anggota pula tidak mengalami kecederaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.