fbpx
Now Reading
“Arwah Kata Akan Sambut Di Mana-Mana Saja” – Balu Abam Sambut Hari Lahir Hamzah Secara Bersederhana

“Arwah Kata Akan Sambut Di Mana-Mana Saja” – Balu Abam Sambut Hari Lahir Hamzah Secara Bersederhana

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CBaKn05Bqd-https://www.instagram.com/p/CBZcjznAsjP/https://www.instagram.com/p/CBaKwpgALlZ/

Semalam, 14 Jun merupakan hari kelahiran Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, anak kepada Allahyarham Abam Bocey.

Menerusi Instagram, balunya Siti Nurhidayah Mohd Ali dilihat telah mendedikasikan satu ucapan khas bersempena ulang tahun kelahiran yang pertama anak tunggal mereka itu.

“Selamat hari lahir buat anak kesayangan ibu genap 1 tahun Syed Uthman Hamzah Bin Syed Umar Mokhtar.

“14.06.20, semoga menjadi anak yang solleh buat ayah & ibu. Al-fatihah buat arwah suamiku Syed Umar Mokhtar,” tulis Hidayah ringkas sebagai kapsyen

Menerusi perkongsian sama, Hidayah turut memuat naik satu klip video sewaktu meraikan harijadi Hamzah sambil dilihat memegang bantal yang dicetak dengan gambar arwah.

Hidayah yang dihubungi portal gempak mendedahkan arwah sebelum ini pernah merancang untuk meraikan hari lahir anak tunggal mereka itu. Namun hasratnya tidak kesampaian apabila meninggal dunia pada Februari lalu.

“Arwah pernah rancang untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran pertama Hamzah.

“Arwah kata akan sambut di mana-mana saja untuk anak dan isteri kesayangannya tetapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan,” katanya.

Dua sahabat baik arwah dari kumpulan Bocey iaitu Fad dan Achey turut dilihat memuat naik posting khas bersempena hari lahir Hamzah di laman IG mereka

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.