fbpx
Now Reading
“Meski Bukan Dari Rahim Isteriku, Dialah Punca Aku Merasa Sambut Hari Bapa” – Achey Bochey

“Meski Bukan Dari Rahim Isteriku, Dialah Punca Aku Merasa Sambut Hari Bapa” – Achey Bochey

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CBseKsOgxDx/

Menjadi seorang lelaki, apalah sangat sambutan hari bapa sekiranya mereka belum merasai pengalaman bergelar seorang bapa.

Tidak kiralah pangkat tersebut sebagai seorang bapa kandung, atau mungkin bapa tiri mahupun bapa angkat, sambutan sebegini besar ertinya untuk mereka yang bergelar seorang bapa.

Perkara ini turut dirasakan pelawak Achey Bochey, yang menyifatkan sambutan hari bapa tahun ini begitu besar maknanya kepada dirinya kerana dia mempunyai seorang anak angkat, Nur Tiara Zainnirah yang kini sudah menginjak usia tahun.

Menerusi Instagram, Achey atau nama betulnya Mohd Nasir Bin Hamzah meluahkan rasa syukurnya di atas kehadiran Tiara yang menyerikan kehidupan dia dan isteri, Nor Hasanah Yahya atau mesra disapa sebagai Anne.

Malah pelawak dan penyanyi ini turut berjanji akan melakukan segala yang terbaik untuk puterinya itu.

“Dialah punca!!! Aku merasa hari ini. Aku bersyukur pada Allah. Jika tidak DIA kurniakan Tiara Zinnirah kepada ku tidak dapat aku merasa gelaran sebagai bapa di hari bapa.

“Walau bukan dari rahim isteriku tapi Allah isikan kasih sayang kami yang tiada arah dahulu. Kini dapat di curahkan kepadanya. Ayah akan lakukan sebaik mungkin untuk kamu nak,” tulis Achey di Instagram.

Dia dalam masa turut memohon maaf kepada anak dan isterinya sekiranya terdapat kekurang dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang ayah dan suami.

“Maaf ayah pohon kepada awak dan mama jika ada kekurangan pada ayah dalam menjalankan tanggungjawab,” katanya.

Achey dan Anne berkahwin 9 tahun lalu dan kemudiannya berkeputusan mengambil Tiara yang baru dilahirkan sebagai anak angkat pada tahun 2018

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.