“Ianya Bertentangan Dengan Ayat Allah Tapi..”- PU Syed Tampil Perjelas Kekeliruan Dari Ayat ‘Air Mani Ada Unsur Api’
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Hangat media sosial mengenai isu yang diketengahkan penyanyi Fynn Jamal mengenai kes rogol yang didakwa mengelirukan oleh netizen .
Antara kenyataan Fynn yang menjadi perhatian netizen adalah mengenai kewujudan sperma yang berasal dari dari elemen api’ berkait mengenai mengapa syahwat lelaki perlu dilempias.
Jelas Fynn, perkata tersebut dikongsikan seorang ustaz menerusi satu ceramah.
“Selagi tidak dipadam seorang lelaki itu tidak boleh fikir, tak mampu lega tak mampu bertenang.
“Isteri kena faham kenapa pentingnya menjadi ‘bomba’ kepada sang suami,” tulisnya menerusi Instagram Story.
Kenyataan ini menyebabkan media sosial menjadi panas apabila ramai mendakwa kenyatan tersebut mengelirukan.
Tidak kurang juga yang berpendapat kenyataan itu seolah-oleh meletakkan taraf wanita jauh kebawah seolah-olah hanyalah hamba seks kepada lelaki
Terbaru menerusi laporan Gempak. Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri tampil menjelaskan kekeliruan mengenai kenyataan tersebut .
Perogol tidak mengira siapa mangsa, bertudung atau tidak
Menurut PU Syed berkata, isu rogol ini ada kebenarannya dimana perogol tidak peduli siapa mangsanya samaada mangsa jenis yang bertudung atau tidak.
“Ini kerana syaitan dan nafsu tak kenal siapa untuk mereka ajak melakukan kejahatan.
“Isu kejahatan yang berlaku dalam segenap segi kadang juga berlaku disebabkan faktor yang lain seperti terpengaruh dengan media yangg menjerumuskan semangat orang melakukan kejahatan.
Jawab isu air mani dari elemen api
“Tentang isu air mani tu ada unsur api, ianya bertentangan dengan ayat Allah dalam surah al furqan ayat 54 yang bermaksud dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga (persemendaan) dan sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya),” jelasnya kepada portal Gempak.
Namun menurut Syed jika unsur api yang dimaksudkan adalah dari nafsu itu adalah yang lebih tepat