Hanya Kerana Kempen #StopHate4Profit, Mark Zuckerberg Rugi RM30 Bilion

Kematian warga Afro-Amerika George Floyd yang tidak bersenjata yang mati di tangan anggota polis berkulit putih telah membuka mata masyarakat dunia di atas sikap rasis sesetengah pihak berkuasa di sana .

Bukan sahaja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat biasa malahan syarikat gergasi di Amerika Syarikat turut tampil meluahkan rasa kecewa mereka berhubung insiden terbabit yang pastinya bukan pertama kali berlaku dalam sejarah AS.

Sebagai tanda solidarit banyak kempen yang diadakan syarikat-syarikat ini antaranya jenama sukan terkemuka Nike yang tampil dengan kempen anti perkauman yang diberi nama ‘Don’t Do It’ .

Namun di antara semua kempen-kempen itu, kempen #StopHate4Profit begitu menarik perhatian media dari seluruh dunia dimana beberapa syarikat besar di dunia antaranya Unilever, Verizon, Coca-Cola , Starbucks dan banyak lagi telah bertindak memboikot dengan menghentikan pengiklanan mereka di beberapa laman sosial besar terutamanya laman Facebook.

Semua ini kerana mereka berpendapat Facebook tidak mengambil serius malah dilihat tidak berusaha untuk membuang dan menyekat perkataan dan sentimen yang berbaur kebencian.

“Iklan anda digunakan oleh platform tersebut untuk meningkatkan dominasi mereka dalam industri dengan mengorbankan masyarakat yang lemah dan terpinggir yang sering menjadi sasaran kumpulan kebencian di Facebook,” jelas pencetus gerakan itu, Anti-Defamation League

Kempen ini buat saham Facebook jatuh 8.3% bersamaan $56 Bilion

Namun siapa menyangka kempen yang dilihat simple ini sebenarnya memberikan impak yang terlalu besar sehingga menyebabkan pengasas dan CEO Facebook, Mark Zuckerberg kehilangan USD $ 7 bilion atau sekitar RM30 bilion.

Dari segi kapasiti syarikat, Fox News melaporkan saham Facebook sahaja turun 8.3%, sekaligus menghapuskan $ 56 bilion dari nilai pasaran Facebook.

Ranking Mark Zuckerberg Jatuh Ke-4 Terkaya Dunia

Bukan itu sahaja, memetik Daily News akibat dari kempen ini kedudukan Mark Zuckerberg sebagai manusia ke-2 terkaya di dunia turut terjejas dimana dia kini jatuh ke tangga ke-4 di belakang Top 3, Jeff Bezos, Bill Gates dan Bernard Arnault.

Menyedari kealpaan mereka Facebook akhirnya mengambil serius perkara tersebut dan berjanji akan lebih berusaha dalam mengawal dan menapis kandung-kandungan yang berunsur kebencian di dalam platform mereka.

Malah CEO Facebook ini dalam satu posting berjanji akan melarang dan tidak membenaran sebarang iklan yang mengancam mana-mana kumpulan .

Recent Posts

  • Trending

Cadangan Buka Kepada Bukan Bumiputera: Dira Abu Zahar Mohon Jangan Ganggu Status UiTM [Video]

Terdahulu, cadangan kemasukan golongan bukan bumiputera ke UiTM mula tercetus apabila Prof. Dr. Raja Amin…

40 mins ago
  • News
  • Trending

Kes Simbah Asid Faisal Halim, Suspek Kedua Pula Ditahan

Suspek pertama sebelum ini ditahan di sekitar Pandan Indah manakala suspek kedua di Bandar Baru…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Siasat Dua Pemandu Bergaduh Sambil Rakam Video Di Lebuh Raya [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, polis telah mengesan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua pemandu…

2 hours ago
  • Trending

Wanita Didakwa Keluar Simpang Terburu-buru & Sebabkan Kemalangan, Namun Tak Nak Mengaku Salah [Video]

Berdasarkan perbualan dalam video tersebut, pemandu lelaki berkenaan dari arah jalan lurus manakala pemandu wanita…

3 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Nak Tutup Buku”- Ruhainies Dedah Sudah ‘Putus’, Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz

Ruhainies turut menyifatkan tiada keperluan dia menghubungi Aliff dan ingin fokus kepada kerjayanya.

3 hours ago
  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

18 hours ago