Bela Diri, Amyza Aznan Pula Tuntut Permohonan Maaf & RM5 Juta Tapi Dari Peguam Zarina

Nampaknya konflik yang melanda pelakon senior Amyza Aznan serta Emelda Rosmila dengan seorang lagi rakan artis iaitu Zarina Anjoulie dilihat semakin panas

Selepas pelakon Emelda Rosmila menuntut permohonan maaf dari Zarina, kini giliran Amyza Aznan pula mengemukakan notis tuntutan permohonan maaf dan ganti rugi berjumlah RM5 juta namun dari peguam yang mewakili Zarina, Nurul Hafidzah Hassan.

Difahamkan ia susulan dari tindakan Hafidzah yang mengeluarkan kenyataan berunsur tohmahan dan fitnah yang menurutnya telah merosakkan reputasi Amyza sebagai seorang selebrit di media sosial miliknya juga menerusi laporan media.

Amyz menerusi notis yang disampaikan melalui The Law Chambers of Fauzi & Naseer itu, menuntut permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari serta bayaran ganti rugi kerosakan.

Ianya perlu dilakukan di media sosial, penerbitan media serta sidang akhbar dan selepas itu barulah budi bicara akan dilakukan terhadap tuntutan ganti rugi itu.

“Sekiranya ia tidak dilakukan dalam tempoh tujuh hari, maka kita akan memfailkan saman di mahkamah,” katanya.

Konflik mereka bertiga dilihat semakin meruncing dan kini turut membabitkan peguam Zarina, Nurul Hafidzah

Memetik Harian Metro, Amyza yang ditemani peguamnya Naseer Yusof serta seorang lagi peguam, Fauzi Abdul Samad telah hadir ke pejabat Hafidzah di Shah Alam pada pagi rabu untuk menghantar notis itu dalam masa sama untuk meminta dokumen-dokumen tuntutan yang difailkan Zarina sebelum ini.

Hafidzah bagaimanapun tiada di pejabat dan notis itu kemudian telah diserahkan kepada kakitangannya.

Menurut Amyza, Hafidzah menerusi laporan media telah memfitnahnya dia dan Emelda dengan mengatakan tindakan mereka adalah sebagai kempen pembunuhan karakter terhadap Zarina.

“Tuntutan ini dibuat bagi membersihkan nama. Selama ini semua sedia maklum saya mempunyai rekod bersih dalam industri hiburan.

“Kenyataan yang dilemparkan Hafidzah benar-benar menjejaskan reputasi saya dalam bidang seni. Apa yang dikatakan peguam itu adalah satu penghinaan dan fitnah. Apa yang saya lakukan ini adalah usaha saya untuk terus bertahan dalam industri seni hampir lebih dua dekad,” katanya.

Menurut Naseer lagi, mereka memerlukan dokumen dari Hafidzah bagi memasukkan memorandum kehadiran dan pembelaan memandangkan serahan yang di buatnya tempoh hari tidak diterima Amyza yang sudah berpindah alamat.

“Kami berharap segala dokumen dapat diserahkan kepada kami secepat mungkin untuk memasukkan memorandum kehadiran dan pembelaan.

“Sebelum ini, serahan yang dibuat Hafidzah sudah dihantar ke alamat yang bukan diduduki anak guam. Dia tidak bermastautin di situ.

“Bagaimanapun, ketika kami ke pejabat Hafidzah bagi meminta dokumen, kakitangannya memaklumkan segala dokumen sudah diserahkan ke alamat akhir Amyza.

“Saya juga ada meminta kepada kakitangannya mengenai nombor guaman untuk saya membuat carian di e-kehakiman tetapi nombor itu tidak dikongsikan,” katanya.

Terdahulu, Zarina menerusi peguamnya, Hafidzah telah menghantar dua surat tuntutan berasingan terhadap dua pelakon senior itu yang menuntut permohonan maaf dan pampasan sebanyak RM4 juta, iaitu RM3 juta daripada Amyza manakala RM1 juta daripada Emelda.


Recent Posts

  • News
  • Trending

Polis Siasat Dua Pemandu Bergaduh Sambil Rakam Video Di Lebuh Raya [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, polis telah mengesan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua pemandu…

18 mins ago
  • Trending

Wanita Didakwa Keluar Simpang Terburu-buru & Sebabkan Kemalangan, Namun Tak Nak Mengaku Salah [Video]

Berdasarkan perbualan dalam video tersebut, pemandu lelaki berkenaan dari arah jalan lurus manakala pemandu wanita…

24 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

“Nak Tutup Buku”- Ruhainies Dedah Sudah ‘Putus’, Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz

Ruhainies turut menyifatkan tiada keperluan dia menghubungi Aliff dan ingin fokus kepada kerjayanya.

48 mins ago
  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

16 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

17 hours ago