fbpx
Now Reading
Buat Kejutan, Menteri Wilayah Turun Padang Beri Sendiri Lesen Peniaga Kepada 97 Penjaja Dapat Pujian Netizen

Buat Kejutan, Menteri Wilayah Turun Padang Beri Sendiri Lesen Peniaga Kepada 97 Penjaja Dapat Pujian Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/AnnuarMusa/posts/3222015617860148?__tn__=-R

Kerap menjadi perbualan di kalangan penjaga dan peniaga di ibu kota, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sekali lagi menjadi perhatian selepas turun melawat penjaja di Setapak, Kuala Lumpur

Yang menariknya, kedatangan Annuar Musa kesana adalah untuk menyampaikan sendiri lesen perniagaan kepada 97 penjaja yang berada di kawasan tersebut.

Perkara ini dikongsikan Menteri Wilayah di laman Faceboknya yang turut dikongsikan oleh penceramah bebas, Ustaz Abdullah Khairi.

“Pagi tadi saya berjalan Di Setapak Indah dan 97 penjaja tak berlesen saya berikan lesen tanpa orang tengah”

Annuar Musa dalam masa sama turut mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat lesen tersebut dan mendoakan agar perniagaan mereka diberkati oleh Allah S.W.T

“Tahniah dan berusahalah … insyaallah di berkati Allah SWT ” tulis nya sebagai kapsyen.

Perkongsian itu nyata mengembirakan orang ramai malah rata-ratanya memuji usaha dan inisiatif yang telah dilakukan beliau semenjak memegang jawatan tersebut.

Malah Ustaz Khairi menerusi posting di Facebooknya turut memuji usaha tersebut kerana memberikan alternatif kepada peniaga untuk mencari rezeki

“Kerja yg betul! Bukan tangkap dan rampas. Beri alternatif untuk mereka cari makan. Jika dah beri (namun) tak ikut SOP yang di tetapkan baru ambil tindakan! ” tulis Ustaz Khairi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.