fbpx
Now Reading
China Salahkan Sepanyol, Dakwa Covid-19 Bermula Dari Barcelona Bukan Wuhan

China Salahkan Sepanyol, Dakwa Covid-19 Bermula Dari Barcelona Bukan Wuhan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja Covid-10, pasti semua orang tahu virus maut itu mula dikesan disebuah pasar di bandar Wuhan, China. Bermula dari kes terpencil ianya kemudian menjadi pandemik yang sudahpun meragut lebih 500,000 ribu nyawa di seluruh dunia.

Tindakan yang agak lewat oleh kerajaan China menyebabkan mereka berterusan dikecam oleh beberapa kuasa besar dunia.

Namun kerajaan China berterusan menafikan mereka menjadi punca wabak tersebut merebak ke seluruh dunia.

Terbaru seorang penyelidik terkenal dari negara tersebut menafikan negara tersebut menjadi punca sebaliknya mendakwa wabak Covid-19 bermula dari Sepanyol.

Wang Guangfa, pakar pernafasan Universiti Peking mengeluarkan kenyataan berkenaan beberapa hari sebelum ketibaan pasukan WHO yang akan memulakan misi penyiasatan di Beijing untuk menentukan punca penularan wabak itu.

Dia yang sebelum ini turut disahkan positif Covid-19 sebelum kembali pulih sepenuhnya mendakwa WHO seharusnya melakukan penyiasatan di Barcelona dan bukannya Wuhan.

Menurutnya, pasukan virologi dari University of Barcelona Sepanyol berjaya mengesan wabak tersebut menerusi sampel yang diambil dari air kumbahan beku di Barcelona pada 12 Mac 2019; 9 bulan sebelum wabak tersebut mula dikesan di China.

Malah laporan yang dikeluarkan pihak universiti turut menjelaskan meskipun tahap virus tersebut rendah namun ianya tetap positif Sars-CoV-2 .

Penemuan tersebut menurut Wang Guangfa sekaligus membuktikan tohmahan orang ramai bahawa virus tersebut berpunca dari kelawar dan pasar di China adalah salah sama sekali.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.