fbpx
Now Reading
Selepas Teruk Dikecam, Bros Gang TV Mengaku Video Curang RM20,000 Hanyalah Lakonan Semula

Selepas Teruk Dikecam, Bros Gang TV Mengaku Video Curang RM20,000 Hanyalah Lakonan Semula

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/novbabyy/status/1287437749679579136

Heboh media sosial baru-baru ini selepas tular video prank keterlaluan yang dilakukan terhadap seorang gadis dengan memberikan sogokan RM 20,000 hanya untuk menguji sejauh mana kesetiannya terdahap teman lelakinya.

Jelas tidak berpuas hati terhadap layanan yang diterima wanita berkenaan namun ada segelintir netizen yang beranggapan video berkenaan kelihatan seperti lakonan dan dibuat-buat.

Terbukti telahan mereka adalah benar, apabila Youtuber Bros Gang TV mengeluarkan satu video baharu untuk menerangkan kisah sebenar di sebalik video tersebut dimana mereka akhirnya mengakui video berkenaan hanyalah lakonan semula.

Tambah mereka ia ada satu ‘kisah benar’ yang pernah diperdengarkan kepada mereka.

Klip pendek berkaitan video mereka telah dikongsikan di lamat twitter, hasilnya mereka semua dikecam bertalu-talu oleh netizen yang jelas masih tidak berpuas hati dengan penjelasan tersebut.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat sekiranya video ini hanyalah lakonan semua, semua video lain mereka sebelum ini juga pastinya hanyalah lakonan.

Video penuh di bawah :

Menurut mereka netizen telah membuat andaian yang salah terhadap video tersebut. Bukan itu sahaja, ada yang turut membuat kenyataan palsu mewakili gadis tersebut.

P/s :Jadi apa pendapat anda selepas kepala ‘basah’ terkena dek dorang ni? Haha. Untuk kami mudah sahaja.. Jangan mudah percaya bulat-bulat pada konten di media sosial

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.