fbpx
Now Reading
Covid-19 Jadikan Usahawan Ini Bilionair Dengan Nilai Aset RM 5 Bilion

Covid-19 Jadikan Usahawan Ini Bilionair Dengan Nilai Aset RM 5 Bilion

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangkap disaat ramai orang dan perusahaan mengalami kerugian dan hilang punca pendapatan susulan dari pandemik Covid-19, industri getah di Malaysia pula mengalami situasi yang berbeza.

Dengan permintaan sarung tangan yang melonjak di seluruh dunia, terutamanya di Amerika Syarikat,virus maut ini difahamkan telah melahirkan satu lagi bilionair dari Malaysia.

Memetik laporan Bloomberg, nilai aset Wong Teek Son, pengasas Riverstone Holdings Ltd sejak 1980an kini dikhabarkan bernilai USD1.2 bilion bersamaan RM 5 Bilion

Ini menjadikan lelaki ini individu ke -5 yang berjaya bergelar jutawan dari industri pembuatan sarung tangan.

Meskipun jurucakap dari syarikanya enggan mengulas mengenai nilai aset Teek Son agensi berita antarabangsa itu dilihat yakin berdasarkan nilai saham semasa syarikatnya yang naik mendadak selepas mencatatkan rali hampir enam kali ganda dari paras rendah pada bulan Mac yang lalu.

Selain Teek Son, industri getah juga sudah melahirkan beberapa lagi jutawan sarung tangan seperti Datuk Seri Stanley Thai Kim Sim dari Supermax Group (RM 4.2 Bilion) dan Tan Sri Lim Kuang Sia (RM 4.6 Bilion)

Selain mereka pastinya Tan Sri Lim Wee Chai, pengasas syarikat Top Glove Sdn Bhd yang merupakan syarikat pelopor sarung getah di Malaysia dan merupakan syarikat pengeluar sarung tangan tangan getah terbesar di dunia.

Sebagai rekod Malaysia merupakan negara pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia dengan penghasilan sekitar 65 peratus bekalan di seluruh dunia.

Baca artikel berkaitan penarikan kembali pengharaman mengimport sarung tangan getah oleh kerajaan Amerika Syarikat terhadap sebuah syarikat pengeluar sarung getan dari Malaysia di bawah

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.