Nasib Baik! Lemak & Perut Buncit Selamatkan Lelaki Ini Dari Jatuh Perigi

Buat mereka yang menjaga kesihatan, tidak kiralah mereka yang mempunyai tubuh badan kurus mahupun berisi, lemak terutamanya di bahagian perut adalah antara perkara yang ditakuti mereka.

Namun siapa menyangka, lemak yang terdapat di perut atau bahasa mudahnya bentuk perut buncit yang tidak disukai ramai telah menyelamatkan seorang lelaki dari terjatuh kedalam sebuah perigi.

Kejadian di Wilayah Henan, Beijing, China difahamkan berlaku disekitar 6 petang apabila lelaki berkenaan sedang membuang sisa kayu dan barangan lama ke dalam perigi tersebut yang kini sudah tidak digunakan lagi.

Memetik Era yang memetik Kompas, lelaki berkenaan Liu, 28 tahun dengan badan seberat 120KG ditemui tersangkut pada tebing perigi sekitar jam 6 petang, sebelum orang ramai menghubungi pasukan penyelamat bomba untuk membantunya

“Perigi itu sebenarnya kering sejak beberapa tahun lalu dan digunakan sebagai tempat membuang sampah oleh keluarga itu.

“Mangsa dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam perigi tersebut semasa mahu membuang sampah,” kata salah seorang anggota penyelamat.

Perkara sama turut dikongsikan ibu bapanya kepada media tempatan.

Dalam usaha mengeluarkannya pasukan penyelamat terpaksa menggunakan tali yang kemudiannya yang dililit dan diikat pada badan Liu sebelum dia ditarik keluar.

Liu yang kelihatan tenang malah santai dengan tangan yang bersilang dan berpeluk tubuh kemudiannya berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan serius sebaliknya hanya goresan kecil pada bahagian kulit perut.

Recent Posts

  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

1 hour ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

2 hours ago
  • Trending

“Pelik Tapi Benar” – Rakaman Cara Ular Panjat Pokok Raih Perhatian Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas memanjat pokok berkenaan meskipun tidak punyai…

3 hours ago
  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

4 hours ago
  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

6 hours ago