Video Duta Besar Perancis Berpantun Bahasa Melayu Sempena Majlis Perpisahan Dapat Pujian Netizen
Dia punya pantun takde langsung slang French. Power betul

Sejak dua hari lalu nama Duta Besar Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche menjadi buah mulut netizen di Twitter gara-gara perkongsian yang dimuat naik laman Twitter Kedutaan Perancis di Malaysia
Difahamakan Frederic bakal kembali ke negaranya Perancis selepas tamat perkhidmatannya sebagai Duta Besar di negara kita seperti yang dikongsikan laman rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin seminggu yang lalu.

Namun Frederic mencuri tumpuan orang ramai kerana dia berjaya menyampaikan dua pantun 4 kerat bahasa melayu menerusi video perpisahan tersebut
“Pantun sebagai pengucap selamat tinggal oleh Duta Besar Perancis ke Malaysia, Frederic Laplance” tulis laman Twitter berkenaan
A Pantun to bid farewell, from the Ambassador of France to Malaysia, Frédéric Laplanche. pic.twitter.com/Ri8vbp40VU
— France in Malaysia (@FRinMalaysia) September 13, 2020
Meskipun hanya menggunakan Bahasa Melayu di dalam pantunnya manakala selebihnya di dalam bahasa Inggeris, inisiatif yang ditunjukkan Frederic benar-benar mendapat pujian netizen.
Ramai yang turut membalas hantaran tersebut dengan mengucapkan ‘Merci’ yang bermaksud terima kasih di dalam Bahasa Perancis.
Selain itu ada juga segelintir dari mereka yang tampil membalas pantun perpisahan beliau
Bunga kemboja di rambut adik
— Sir Zayn (@bingregory) September 14, 2020
Harum wanginya melayang٢
Au revoir Ambassador Frédéric
Datang kembali mun ada peluang
Take an airplane if you're bringing fromage
From the streets of Paris to Lembah Kelang
Allow me to wish to you Bon Voyage
Pada yang pergi dari sekor pendatang https://t.co/91p2WMrZr9 pic.twitter.com/yWIQiPvi4d
Sehingga ketemu lg Mr Ambassador. Bintang Barat terbit petang,
— Halina Ibrahim 🇲🇾 (@halinaibrahim) September 14, 2020
Bintang Timur terbit pagi;
Jika tidak melarat panjang,
Ada umur ketemu lagi.
Bunga cengkih tepi buku,
— Brijtalk (@Brijtalk) September 14, 2020
Terima kasih merci beaucoup.
Setakar artikel ini ditulis video tersebut sudah meraih 10,100 tanda suka, 5300 retweets dan 341 komen/balas