fbpx
Now Reading
Isu Lesen & Plat Basikal Tidak Pernah Di Bincangkan Di Kementerian – Menteri Pengangkutan

Isu Lesen & Plat Basikal Tidak Pernah Di Bincangkan Di Kementerian – Menteri Pengangkutan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/1706424486191715?tn=K-Rhttps://www.facebook.com/serembanpage/posts/631308350863468?xts%5B0%5D=68.ARAOcz5IC7QY2RaJ3MZZI6yMqroxPp7MYoRgvrNA3UamoqzHPgmU4s3NuIbDPzyOpy78D_6NRoiyTfv9qnsKuQbRMlnW9lGom91cC6iS5gRMfzPSl74VfmxizffbtKiRtFla-pjXPFizv64EibTB7NN9hpeYjpqlALudeu1DWNqG3FLUZSDnBtfj9OHFiWz9I_hMQh-feEqy0FKwdT0RKZ5H0vCSNk3RmWMdoYZ6yOSqm4ks8bxsugmdvGwr0UzZ-GEMl48mn8eD2ZLTUfCc3hRWij1olxgzxXU559NtfTAu6th7VWrbVnE_manzWW4XKzmfqM2rMsn1CX_0a59xsk8&tn=-R

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menjelaskan kementerian nya (MOT) tidak perah merancang untuk menguatkuasakan pelesenan dan no plat setiap basikal di negara.

Menurut beliau isu berkenaan bukan sahaja tidak pernah dibincangkan di peringkat kementerian, malah cadangan tersebut juga tidak pernah dibangkitkan kepada beliau.

“Saya ingin menegaskan bahawa cadangan tersebut tidak pernah dibincangkan di peringkat Kementerian.

“Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) menafikan sama sekali untuk melaksanakan cadangan seperti itu malah cadangan ini juga tidak pernah dibangkitkan kepada saya.

“Banyak lagi faktor perlu diteliti dan dipertimbangkan oleh MOT bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya termasuk pejalan kaki.

“Setakat ini, sebarang komen yang dibuat oleh Miros (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia) sebagaimana yang dilaporkan media hari ini tidak menjadi dasar sehinggalah melalui pelbagai proses seterusnya mendapat kelulusan menteri,” katanya dalam satu kenyataan semalam sebagai respon terhadap laporan yang dikeluarkan sebuah suratkhabar tempatan.

Menerusi laporan itu lagi, Ketua Pengarah Miros Khairil Anwar Abu Kassim difahamkan berkata pihaknya sedang mengkaji keperluan berkenaan yang bertujuan meningkatkan keselamatan jalan raya sekali gus mengambil langkah awal supaya kadar kemalangan maut dapat dikurangkan.

Isu ini kemudiannya mendapat pelbagai respons dari rakyat Malaysia yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Malah ianya turut menarik perhatian jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang .

Terdahulu tular beberapa foto di media sosial yang memperlihatkan gelagat beberapa pengguna basikal yang mengayuh di lebuhraya sesak dipercayai berlaku di Seremban sehingga menyebabkan netizen menyuarakan kebimbangan atas keselamatan mereka seandainya berlalu perkara tidak diingini .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.