fbpx
Now Reading
Luluh Hati Suami, Lihat Isteri Terbaring Kaku Dalam Hujan Lebat [Video]

Luluh Hati Suami, Lihat Isteri Terbaring Kaku Dalam Hujan Lebat [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Luluh hati seorang suami apabila baru menyedari mangsa kemalangan yang terbujur kaku di hadapannya rupanya adalah mayat isterinya sendiri.

Kejadian yang berlaku di Jalan Sungai Ular, Kulim di jam sekitar 1.30 petang iitu lebih menyedihkan apabila telah dirakam tanpa sengaja oleh seseorang dalam satu video tular di media sosial sejak semalam.

Jelas menerusi video tersebut, si suami yang kebetulan lalu di tempat kejadian terus meluru kearah jenazah isterinya, Nur Almass Zazmi lalu memeluknya sambil menangis dengan kuat, diiringi hujan lebat

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Azhar Hashim dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat terdaapat kemalangan membabitkan sebuah motosikal dengan sebuah treler pada 1.20 tengah hari.

Hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati penunggang motosikal dari arah Serdang ke Sungai Ular manakala lori pula dari arah bertentangan.

“Setibanya di lokasi, penunggang motosikal dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum terjatuh ke bawah treler.

“Berikutan itu, mangsa digilis tayar di bahagian belakang treler berkenaan,” katanya.

Susulan dari kejadian menyebabkab penunggang motosikal maut di tempat kejadian dan jenazahnya dibawa Unit Forensik Hospital Kulim untuk proses bedah siasat.

Difahamkan, pasangan tersebut yang masing-masing merupakan OKU bisu itu telah bernikah pada 8 Disember 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang baru sahaja berusia tujuh bulan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.