fbpx
Now Reading
Umpama Filem! Banduan Akhir Dari China Loloskan Diri Dengan Gali Terowong Di Indonesia

Umpama Filem! Banduan Akhir Dari China Loloskan Diri Dengan Gali Terowong Di Indonesia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang banduan akhir dari China yang sedang menanti hukuman mati di sebuah penjara di Tangerang, Indonesia berjaya meloloskan diri dengan menggali lubang dari dalam selnya.

Cai Changpan, 37 difahamkan berjaya menggali lubang berdiameter 50 cm sejauh 30 meter sebelum merangkak di kawasan pembentungan untuk keluar ke jalan besar

Dia yang merupakan seorang pengedar dadah sebelum ini telah ditangkap dan dikenakan hukuman mati kerana menyeludup masuk 110 kilogram dadah jenis methamphetamin ke Indonesia. 

Menerusi laporan The Sun, cubaan Changpan berjaya selepas dia menggunakan peralatan seperti pemutar skru , pahat dan kuku kambing yang dicuri dari kawasan dapur yang sedang menjalani ubahsuai.

Jurucakap Polis Jakarta, Yusri Yunus dalam satu kenyataan berkata Cai Changpan yang turut dikenali dengan nama Cai Ji Fan sudah merancang dan mengatur perancannya dengan rapi sejak lima bulan lalu.

Cai Cangpan dilihat santai berjalan selepas keluar dari sistem pembentungan tersebut

Malah dia sebelum ini pernah berjaya meloloskan diri dari pusat tahanan polis di Jakarta sebelum ditangkap semula ketika dalam tempoh reman pada 2017

Polis sedang menyiasat di laluan yang digunakan banduan akhir itu untuk meloloskan diri Foto: The Sun

Kejayaan Changpan meloloskan diri menyebkan ramai orang mengaitkannya dengan watak Andy Dufresne  didalam filem The Shawshank Redemption seorang banduan yang berjaya melarikan diri menggunakan teknik sama.

Foto : Handout

Selain Changpan seorang lagi banduan yang berjaya meloloskan diri menggunakan teknik sama adalah Raja Dadah Mexico iaitu EL Chapo .

Susulan dari kejadian tersebut polis Indonesia kini sedang aktif mengesan Changpan malah meletakkan dia sebagai orang paling dikehendaki di negara garuda tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.