fbpx
Now Reading
“Tiada Halangan Namakan Jalan Palestin, Tapi Kenapa Jalan Raja Laut? ” – Annuar Musa

“Tiada Halangan Namakan Jalan Palestin, Tapi Kenapa Jalan Raja Laut? ” – Annuar Musa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Media sosial sejak beberapa hari lalu kecoh selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menukarkan nama Jalan Raja Laut 1 kepada Jalan Palestin.

Menurut DBKL, ia dilihat sebagai satu tindakan bagi mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Palestin dan idea berkenaan sudah tercetus sejak tahun lalu sewaktu majlis Himpunan Hari Al-Quds sedunia yang diadakan di Dataran DBKL pada 26 hingga 31 Mei 2019.

“Menamakan Jalan Palestin itu sebagai simbol sokongan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin dalam menentang penindasan dan seterusnya menubuhkan sebuah negara Palestin,” kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, kepada BERNAMA dua hari lalu..

Foto : Astro Awani

Mengakui bersetuju dengan idea tersebut sebagai tanda solidariti terhadap saudara kita di Palestin namun ramai netizen mempersoalkan kenapa memilih menukar Jalan Raja Laut.

Perkara sama juga diluahkan Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa yang turut menuntut penjelasan dari DBKL

“Saya tiada halangan namakan Jalan Palestin:

“Saya tiada halangan nak namakan jalan di Kuala Lumpur (sebagai) Jalan Palestine, tanda sokongan  KL kepada perjuangan pembebasan Al-Quds.

“Namun saya mahukan penjelasan kenapa pilih tukar nama Jalan Raja Laut (1), nama besar sejarah Melayu dan KL.

“Kenapa tak tukar nama (jalan) Inggeris ?”

“Kenapa tidak tukar nama Inggeris seperti Jalan Stonor, Jalan Conlay, Cochrane Road dan lain-lain,” kata kenyataan tersebut di Twitternya , malam tadi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.