fbpx
Now Reading
SPRM Tahan 5 Individu Antaranya Datuk Seri, Datuk

SPRM Tahan 5 Individu Antaranya Datuk Seri, Datuk

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya isu pengubahan wang haram menjadi topik hangat sejak beberapa hari ini apatah lagi ianya difahamkan turut membabitkan beberapa orang selebriti.

Terbaru, SPRM telah menahan 5 individu dimana dua dari nya merupakan individu bergelar Datuk Seri dan Datuk bagi membantu siasatan kes peni­puan sindiket Macau Scam dan pengubahan wang haram di dalam negara

Memetik Kosmo yang memetik sumber, Datuk Seri berkenaan merupakan seseorang yang sangat dikenali di kalangan selebriti tanah air malah mereka kerap dilihat menghabiskan masa berparti bersama-sama.

Menerusi laporan yang sama, Datuk Seri berkenaan dipercayai seorang tauke judi online malah ada terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Foto : Kosmo

Dia dan isterinya juga kerap mempamerkan kehidupan mewah mereka di media sosial.

“Wang hasil kegiatan haram itu kemudiannya ‘dicuci’ atau digunakan untuk menjalankan perniagaan vape yang diusahakan oleh selebriti yang telah dipanggil oleh SPRM di Putrajaya.

“Suspek bergelar Datuk Seri itu juga dipercayai merupakan rakan niaga kepada personaliti yang juga artis,” kata sumber itu kepada Kosmo semalam.

Foto : Syafiq Ambak / Malaysia Gazette

Dalam pada itu portal Utusan pula melaporkan  SPRM kini sedang mengawasi pergerakan beberapa orang selebriti tanah air yang dikatakan mempunyai kaitan dengan individu terbabit

“SPRM bagaimanapun belum memanggil kesemua mereka memandangkan siasatan lanjut sedang dijalankan. 

“Selain pasangan suami isteri selebriti, SPRM juga ada memanggil seorang usahawan kosmetik kelmarin untuk membantu siasatan,” katanya kepada Utusan.

Terdahulu kelima-lima individu yang ditahan SPRM telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk mendapatkan pe­rintah tahanan reman.

Kesemua mereka yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita tiba di mahkamah dengan memakai baju lokap SPRM berwarna oren pada jam 3 petang semalam.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.