Baru Sahaja Reda Dengan Covid-19, China Kini Diserang Norovirus

Baru sahaja reda dengan Covid-19, nampaknya negara China kini terpaksa berhadapan dengan satu lagi virus iaitu Norovirus

Difahamkan di Taiyuan Shanxhi, terdapat lebih 70 orang mahasiswa dari sebuah universiti tempatan disana dilaporkan telah mengalami sakit cirit-birit dan muntah-muntah.

Menerusi laporan Kompas.com, Jabatan Kawalan dan Pencegahan Penyakit Taiyuan telah mengambil sampel daripada sejumlah pelajar di sana pada rabu dan sabtu lalu bagi mengenal pasti puncanya dan hasilnya mendapati 11 dari mereka telah disahkan positif Norovirus.

Foto : SCMP

Susulan dari kes tersebut Universiti Kewangan dan Ekonomi Shanxi telah melakukan operasi pembasmian kuman di beberapa tempat di dalam kompleks mereka iaitu di kawasan asrama, kelas, kafeteria, dan kawasan awam yang lain.

Mereka juga ketika ini sedang memantau gejala di kalangan pelajar dan staf mereka manakala pihak berkuasa kawalan dan pencegahan tempatan sedang menyiasat punca jangkita tersebut

Apa itu Norovirus?

Norovirus dulunya dikenali dengan nama Virus Norwalk, kerana ia buat pertama kalinya dikesan berlaku di bandar Norwalk pada tahun 1972

Secara asasnya Norovirus agar berbeza berbanding koronavirus, dimana ia melibatkan jangkitan usus yang kebiasannya berlaku akibat jangkitan virus yang tersebar melalui beberapa cara iaitu :

  • Air yang tercemar
  • Makanan
  • Melalui sentuhan pada permukaan yang mungkin terdapat virus tersebut

Apakah simptomnya ?

Mereka yang dijangkiti virus ini juga biasanya akan mula menghadapi beberapa simpotom selepas tempoh 12 ke 48 jam seperti :

  • Demam
  • Sakit Kepala
  • Muntah
  • Cirit- birit
  • Penat dan kelesuan
  • Sakit di bahagian perut
  • Sakit pada bahagian otot
Foto : Medical News Today

Rawatan

Memetik Ceriasihat, tiada rawatan yang khusus untuk merawat jangkitannya malah proses pemulihan umumnya bergantung kepada kesihatan sistem imun anda.

Bagi kebanyakan orang, penyakit ini biasanya sembuh dalam masa beberapa hari.

Namun anda harus memastikan badan mempunyai air yang cukup atau berdepan masalah dehidrasi, jika tidak anda mungkint terpaksa menerima cecair secara intravena

Recent Posts

  • Trending

Seniman Saran Selebriti Terpalit Kontroversi Aliff Aziz Buat Laporan Polis & SKMM

Menurut Seniman, isu yang hangat diperkatakan oleh Sarah Yasmine juga adalah isu peribadi, justeru perlu…

3 mins ago
  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

16 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

16 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

16 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

17 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

18 hours ago