fbpx
Now Reading
PKPB : Akad Nikah Di KL & Putrajaya Dibenarkan Bermula Hari Ini, Ini Garis Panduan Yang Harus Anda Tahu

PKPB : Akad Nikah Di KL & Putrajaya Dibenarkan Bermula Hari Ini, Ini Garis Panduan Yang Harus Anda Tahu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penduduk Kuala Lumpur & Putrajaya kembali dibenarkan mengadakan majlis akad nikah bermula hari ini.

Kebenaran tersebut bagaimanapun hanya boleh dilakukan di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) .

Perkara ini dikongsikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi satu posting di Facebooknya

“Majlis ini hanya dibenarkan melalui temujanji dan penggiliran serta jumlah kehadiran tidak melebihi 10 orang.

“Bagaimanapun, Wilayah Persekutuan Labuan masih tidak dibenarkan mengadakan majlis ini kerana kebanyakan kawasan berada dalam Zon Merah,” jelas Dr Zulkifli dalam posting sama

Namun harus diingatkan menerusi notis makluman tersebut pelaksaaan Majlis Akad Nikah ini hanya dibenarkan kepada :

  • Pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin dari JAWI
  • Telah membuat temujanji terlebih dahulu
  • Terpakai untuk kawasan Zon hijau dan kuning sahaja
  • Hanya dijalan di pejabat Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI dan Pejabat JAWI Putrajaya sahaja

Notis makluman

Perkara sama turut dikongsikan JAWI menerusi laman sosial mereka.

Difahamkan terdapat beberapa gadis panduan yang harus dipatuhi antaranya :

Syarat umum

Syarat-syarat umum yang ditetapkan adalah seperti berikut:

(a) Pelaksanaan Majlis Akad Nikah dalam tempoh PKPB dibenarkan kepada pasangan yang telah mendapat Kebenaran Berkahwin daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI); dan

(b) Keputusan Saringan Ujian HIV kedua-dua pasangan masih dalam tempoh sahlaku semasa akad nikah dijalankan.

Syarat khusus

Syarat-syarat khusus yang ditetapkan adalah seperti berikut:

(a) Pihak yang terlibat hendaklah membuat janji temu dengan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terlebih dahulu bagi mendapatkan tarikh dan waktu akad nikah.

(b)  Pihak yang terlibat dalam majlis akad nikah mestilah:
(i)  tidak mempunyai gejala;
(ii)  bukan kontak rapat kes positif Covid-19 atau yang di bawah Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO); dan
(iii)  bukan dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau Zon Merah.

(c)  Pihak yang terlibat hendaklah menjalani saringan di pintu masuk iaitu:

(i)  Membuat pemeriksaan suhu badan.
(ii)  Suhu badan melebihi 37.5° Celsius atau bergejala tidak dibenarkan masuk.
(iii)  Mendaftarkan kehadiran menggunakan imbasan QR code melalui aplikasi MySejahtera atau merekodkan kehadiran di dalam buku kehadiran yang disediakan.(iv)  Memakai pelitup muka (face mask) dan menggunakan pembersih tangan (hand sanitizer).

(d)  Pihak-pihak yang terlibat perlu mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan lain-lain agensi penguatkuasaan berhubung kawalan penularan wabak penyakit.

Garis panduan penuh bagi majlis aakad nikah dalam tempoh PKPB

Bagi memudahkan urusan anda Dibawah kami lampirkan garis panduan pelaksanaan Majlis Akad Nikah sepanjang PKPB lanjutan ini :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.