fbpx
Now Reading
“Daddy, I’m Not Ready For This” – Lara Alana Sebak Bila Haiwan Peliharaannya ‘Pergi’

“Daddy, I’m Not Ready For This” – Lara Alana Sebak Bila Haiwan Peliharaannya ‘Pergi’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi pencinta haiwan yang membela haiwan kesayangan di rumah pastinya pernah merasai detik-detik cemas dan sedih apabila melihat si dia tiba-tiba ‘pergi’ di depan mata kita kan?

Itulah perasaan yang terpaksa dilalui oleh anak kepada pasangan selebriti terkenal Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya iaitu Lara Alana yang dikatakan baru sahaja kehilangan ikan kesayangannya yang diberi nama Sushi pada awal November lalu.

Kredit: Instagram/ @laraalanaa

Lara yang dikatakan sudah membela ikan tersebut selama 8 bulan sejak Mac 2020 yang lalu. Scha juga mengatakan bahawa anaknya itu tidak henti mengalirkan air matanya ketika dimaklumkan kematian ikannya itu.

Menerusi perkongsian di laman Instagram milik si cilik ini menunjukkan reaksi Lara yang tidak mampu menahan sebak apabila tepaksa menerima hakikat ikan kesayangannya itu ‘pergi’ buat selamanya.

Kredit: Instagram/ @laraalanaa

“Daddy, I’m not ready for this,” kata-kata yang keluar dari Lara berulang kali.

“Masa Auntie Joy bagitau yang Sushi dah takde, Lara tak faham lagi. Lara ingat bila kita feed dia, dia akan hidup balik…Tapi rupanya Sushi dah pergi buat selamanya…

“Ini pengalaman pertama Lara hilang sesuatu yang sangat Lara sayang,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Rata-rata ramai yang memahami perasaan Lara pada waktu itu kerana sesiapa sahaja tentunya tidak mampu bersedia untuk berhadapan dengan situasi sebegitu terutamanya pecinta haiwan.

Tambah lagi apabila ramai yang mengirimkan kata-kata semangat kepada Lara yang ditinggalkan di ruangan komen tersebut.

Kredit: Instagram/ @laraalanaa
Kredit: Instagram/ @laraalanaa

Kami disini berharap agar Lara terus tabah dan cekal menghadapi dugaan akan datang. Semoga Lara terus kuat untuk menempuh hari-hari akan datang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.