fbpx
Now Reading
Jabatan Perikanan Selar Tindakan Sekumpulan Lelaki Guna ‘Bom’ Tangkap Ikan

Jabatan Perikanan Selar Tindakan Sekumpulan Lelaki Guna ‘Bom’ Tangkap Ikan

Menurut DOF antara ikan yang mati disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab itu adalah ikan mahal seperti kelah dan tengas di mana harganya boleh mencecah sehingga ribuan ringgit seekor.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular di media sosial video memaparkan sekumpulan lelaki yang didakwa menggunakan kaedah haram untuk menangkap ikan kelah di sebatang sungai berdekatan Hutan Royal Belum, Gerik, Perak.

Perkara itu menjadi tular selepas ia dikongsikan oleh seorang individu yang dikenali sebagai Faiz Panjang di Facebook. Ekoran daripada kejadian itu Faiz turut membuat laporan polis agar tindakan boleh diambil.

Insiden itu turut mendapat perhatian pihak Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) yang akan membuat siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Baca artikel berkaitan: Geng 4×4 Dikecam, Didakwa Guna ‘Bom’ Tangkap Ikan Kelah [Video]

Tindakan sekumpulan individu ‘bom’ ikan sebabkan pelbagai jenis ikan mati

Terbaharu, hasil siasatan dilakukan DOF menerusi Pejabat Perikanan Daerah Hulu Perak mendapati tindakan kumpulan individu berkenaan telah menyebabkan pelbagai jenis ikan di sungai terbabit mati.

Malah ada segelintir darinya merupakan ikan dari jenis mahal di mana harganya boleh mencecah ribuan ringgit untuk seekor seperti kelah, tengas. Manakala antara jenis ikan lain yang mati adalah terubuk, lampam dan banyak lagi.

Ikan-ikan yang mati itu merupakan ikan asli dari Sungai Singor di Hutan Simpan Temenggor, Gerik, Perak.

Siasatan masih dilakukan, jika bersalah boleh didenda tak lebih RM1,000 atau penjara

Menurut Ketua Pengarahnya Datuk Adnan Hussain, DOF memandang serius berhubung video yang tular tersebut selain memaklumkan siasatan masih dilakukan agar tindakan undang-undang sewajarnya dapat diambil.

“DOF menyelar tindakan sekumpulan individu disyaki menggunakan kaedah dilarang menyebabkan kematian ikan yang banyak di Sungai Singor.

“Ikan kelah iaitu ‘Tor Tambroides’ merupakan spesies dilindungi di bawah Kaedah-Kaedah Perikanan (Sungai) Perak 1992, Jadual Kedua Kaedah 3 (4) yang menyatakan larangan menangkap, membunuh dan memiliki kecuali mendapat kelulusan bertulis pegawai perikanan darat.

“Sesiapa yang melakukan kesalahan di bawah kaedah ini boleh disabitkan dan dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya,” jelasnya, lapor Sinar Harian.

Antara kaedah tangkapan ikan yang tidak dibenarkan mengikut Akta Perikanan 1985 adalah penggunaan arus atau renjatan elektrik bom ikan, menuba ikan atau menggunakan racun.

Tindakan boleh menyebabkan ekosistem habitat air tawar dan laut rosak selain spesies asli hidupan di kawasan berkenaan kepupusan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.