fbpx

Geng 4×4 Dikecam, Didakwa Guna ‘Bom’ Tangkap Ikan Kelah [Video]

Jabatan Perikanan Malaysia yang cakna dengan isu tersebut menyatakan pihaknya akan menjalankan siasatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (10 Mac), tular di media sosial pendedahan seorang kaki pancing di utara Tanah Air yang mendakwa terdapat kegiatan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang telah menggunakan kaedah terlarang untuk menangkap ikan.

Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Faiz Panjang telah memuat naik beberapa video di Facebook yang didakwanya sebagai pelaku kegiatan terlarang itu.

Dakwa Faiz, kumpulan lelaki yang dipercayai ‘geng 4×4’ itu telah menggunakan bom untuk menangkap ikan kelah di sungai berdekatan Hutan Royal Belum, Gerik, Perak.

Buat laporan polis, siap kena ugut suruh padamkan video

Susulan itu, Faiz telah bertindak membuat laporan polis dan aduan kepada pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan.

Dakwanya lagi, pihak berkenaan juga telah mengugutnya supaya memadamkan video yang ditularkan itu.

Jabatan Perikanan Malaysia akan jalankan siasatan

Jabatan Perikanan Malaysia yang cakna dengan isu tersebut menyatakan pihaknya akan menjalankan siasatan.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Datuk Adnan Hussain berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan akan mendapatkan maklumat sahih berkaitan aktiviti berkenaan serta lokasinya agar tindakan sewajarnya dapat diambil.

“Perkara itu amat mendukacitakan kerana ada pihak rakus yang mengeksploitasi sumber perikanan tanpa kawalan dan menggunakan kaedah yang tidak sepatutnya (jika ia benar berlaku dan melanggar peraturan ditetapkan).

“Kita memandang serius perkara itu walaupun tiada maklumat jelas berhubung kaedah tangkapan, lokasi dan bila kejadian berlaku. Kita sedang menilai tindakan bersesuaian berhubung perkara ini,” katanya dipetik Harian Metro.

Persatuan Haiwan Malaysia mahu individu dalam video tampil beri penjelasan

Dalam pada itu, Persatuan Haiwan Malaysia menerusi satu kenyataan di laman Facebook juga meminta pihak berkaitan untuk menjalankan siasatan mengenai perkongsian video terbabit.

Persatuan tersebut juga menegaskan agar individu-individu di dalam video terbabit perlu tampil untuk memberi penjelasan sama ada betul atau tidak dakwaan berkenaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.