fbpx
Now Reading
Tindakan Anggota Polis Kuala Pilah Bantu Bapa Terdesak Cari Susu Formula Jam 1 Pagi Dipuji Netizen

Tindakan Anggota Polis Kuala Pilah Bantu Bapa Terdesak Cari Susu Formula Jam 1 Pagi Dipuji Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui pelaksanaan siri Perintah Kawalan Pergerakan , banyak mengubah norma kehidupan seharian. Semuanya dilakukan demi mengekang penularan Covid-19.

Jika dahulu terdapat kedai makan dan kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam namun kini semuanya terpaksa ditutup selewat-lewatnya 12 tengah malam.

Oleh itu orang ramai mula membiaskaan diri menyediakan bekalan makanan atau apa sahaja barangan yang diperlukan sebelum semua operasi perniagaan ditutup.

Namun situasi berbeza dialami seorang lelaki dari Negeri Sembilan ini, Zul Hilmy yang baru sehari bergelar seorang bapa

Dia terpaksa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk mencari susu untuk bayinya yang berusia satu hari kerana isterinya kekurangan susu badan.

Dia bagaimanapun gagal mendapatkan susu formula memandangkan kedai serbaneka 24 jam semuanya ditutup awal berikutan waktu had operasi.

Nasibya begitu baik selepas dia terserempak dan ditahan oleh anggota MPV yang membuat rondaan di sekitar kawasan tersebut.

Dia kemudiannya menceritakan keadaannya dan kedua anggota polis berkenaan kemudian terus mempelawanya ke taman perumahan polis disana untuk diberikan susu secara percuma.

“Setelah mendengar dan memahami situasi lelaki tersebut, anggota MPV NS 96 telah mempelawa lelaki tersebut ke taman perumahan IPD Kuala Pilah untuk diberikan susu formula bayi kepadanya secara percuma” seperti yang dikongsikan laman Facebook rasmi IPD Kuala Pilah.

Zul yang terharu dengan usaha mereka kemudian berkongsi perkara berkenaan kepada orang ramai. Dia yang terlupa waktu operasi perniagaan ada had waktu bagaimanapun berterima kasih kepada anggota polis yang telah membantunya.

“Tuan Dini dan Tuan Fikri yang bertugas kemudian mengajak saya ke kuarters PDRM Kuala Pilah untuk memberi susu. Tuan Dini yang memberi saya sekotak susu, sya ucapkan terima kasiih kerana membantu saya” tulis Zul menerusi satu screenshot perbualan Facebook yang turut dimuat naik di posting berkenaan.

Dijengah ke ruangan komen rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada petugas yang begitu baik hati membantu si ayah yang sedang memerlukan bantuan.

Malah kaum keluarga si ayah juga turut meninggalkan komen dan menzahirkan rasa terima kasih mereka kepada para petugas di IPD Kuala Pilah.

“Terima kasih En Dinie & En Hasnofikry bantu adik ipar saya yang pertama kali dapat anak.. Tgh2 mlm cari susu untuk bayi. Hanya Allah yang mampu balas jasa baik encik2 semua.. Terima kasih banyak-banyak En. dinie sanggup balik rumah bg susu anak encik.. Kami sekeluarga hargai sangat.” tulis Norain Jalalussayuti yang merupakan kakak ipar kepada Zul Hilmi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.