fbpx
Now Reading
AirAsia Tawar Tiket Penerbangan Domestik Serendah RM12 Selama 3 Hari, Dari 7 – 9 Disember 2020

AirAsia Tawar Tiket Penerbangan Domestik Serendah RM12 Selama 3 Hari, Dari 7 – 9 Disember 2020

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui bermula hari ini, kerajaan telah menarik kembali larangan merentas negeri dan daerah di seluruh negara kecuali di kawasan yang sedang dilaksankanan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ini bermakna anda kini boleh ke mana-mana destinasi dalam negeri yang anda mahukan tanpa perlu untuk memohon kebenaran dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Menyambut baik pengumumam ini, syarikat penerbangan AirAsia hari ini menawarkan tawaran tambang serendah RM12 sehala dari buat Ahli BIG bermula 7 Disember sehingga 9 Disember 2020 bagi penerbangan domestik.

Tambang bukan Ahli BIG pula bermula dari RM18 mengikut terma dan syarata.

Meskipuan jualan penawaran hanya berlangsung selama tiga hari ini, ianya boleh ditebus untuk perjalanan bermula 14 Disember 2020 hingga 30 Jun 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat dalam satu kenyataan turut memaklumkan bahawa semua tempahan penerbangan yang dibuat sehingga 31 Disember 2020 dengan tempoh perjalanan bermula hari ini sehingga 31 Mac 2021 juga dibenarkan untuk membuat perubahan tarikh perjalanan tanpa had dan tanpa bayaran tambahan untuk pertukaran penerbangan.

Jelasnya semua ini boleh dilakukan melalui pautan ‘Tempahan Saya’.

Dalam pada itu, seperti yang diumumkan pada 24 November lalu, AirAsia dan Tourism Malaysia turut menawarkan e-baucar bernilai RM50 untuk kempen Cuti-Cuti Malaysia.

Namun buat anda yang ingin ke Sabah dan Sarawak sila semak syarat dan keperluan terkini untuk kemasukan ke Sabah dan Sarawak, di sini : Keperluan Perjalanan AirAsia.

Buat tempahan anda di laman web AirAsia sekarang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.