fbpx
Now Reading
Wanita Hampa Beli Sofa Online, Rupanya Hanya Muat Untuk Budak Kecil

Wanita Hampa Beli Sofa Online, Rupanya Hanya Muat Untuk Budak Kecil

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tak tahu sama ada nak gelak atau nak kesian dengan nasib yang menimpa seorang wanita dari Amerika Syarikat ini.

Kejadian yang berlaku apabila wanita ini dikatakan mahu membeli sofa yang berharga AS$249.99 (RM1,014) secara online di sebuah platform beli-belah.

Foto sekadar hiasan. Kredit: detiklnet

Pinky Jones yang berusia 36 tahun itu sudah membayangkan sofa tersebut dapat memuatkan ahli keluarganya yang seramai 7 orang selepas diletakkan di ruang tamu rumahnya itu.

Namun, alangkah terkejutnya apabila sofa tersebut kelihatan hanya boleh memuatkan kanak-kanak sahaja kerana saiznya yang kecil itu.

Kredit: Daily Star

“Saya ketawa, ia sofa untuk seorang bayi. Saya tak pernah sangka akan beli sofa ini untuk seorang anak kecil.

“Saya ingat, ukuran sofanya cukup besar untuk ruang tamu saya,” katanya.

Dia yang turut melihat semula website tersebut dan mengatakan ianya sesuai untukk kegunaan ruang tamu, bukannya untuk kanak-kanak.

“Saya tidak sabar dan sanggup menunggu selama 10 hari untuk penghantaran kerana kami tiada sebarang perabot,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Daily Star.

Jadi, lepas ini siapa saja yang nak beli barang online tu bacalah description barang tu betul-betul sebelum korang dah buat pembelian okay? Kalau tak kesian je jadi macam makcik ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.